MOHAMAD NURI

Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan

SECEBIS KISAH DI PLKN. September 28, 2007

Difailkan di bawah: POLITIK — cikgunurionline @ 4:43 pm

Adakah anda???

  1. Tidak tahan dengan perangai anak-anak anda di rumah?
  2. Tidak tahan apabila anak menjadi beban yang berat bagi anda?
  3. Pasti yang anak anda menjadi ahli kumpulan rempit durjana?
  4. Kecewa kerana anak gadis anda jadi bohsia yang sedang mengidap sifilis dan HIV?

Maka, kalau jawapan anda ialah ‘Ya’ bagi kesemua soalan ini, janganlah risau. Kerajaan Barisan Nasional yang kita semua cintai dapat membantu anda. Bagaimana caranya?? Hantarlah anak anda ke Pusat Latihan Khidmat Negara. Kami jamin anak-anak anda tidak akan pulang lagi. Sekiranya mereka tetap pulang, kami jamin keadaan fizikal dan mental mereka tidak akan sama. Ini bermakna, mereka layak dihantar ke institusi-institusi bagi mereka yang cacat dan sekali gus masalah anda sudah selesai.

Kami sangat bangga bahawa prestasi pusat-pusat ini semakin meningkat tahun demi tahun. Kalau pada mulanya dengan hanya segelintir saja yang maut, kini kami bangga mengumumkan yang angka ini sudah meningkat dengan ketara. Sementara di kem-kem, kami menyediakan kemudahan-kemudahan sebagaimana berikut.

  • Pusat pembiakan nyamuk aedes
  • Kolam-kolam perangkap yang menjaminkan maut.
  • Jurulatih-jurulatih bekas tahanan pusat rogol negara
  • Tukang-tukang masak yang pakar dalam ilmu keracunan makanan
  • Akitiviti-aktiviti ‘gang fight’ (pergaduhan kumpulan & kaum) yang menarik

Sudahkah anak anda didaftarkan? Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang. Dalam tempoh promosi ini kami menyediakan pakej pengebumian yang berjenama secara percuma kepada 1000 pendaftar yang pertama. Cepat selagi stok masih ada. :D

plkn-2.jpg

plkn.jpg

 

 

One Response to “SECEBIS KISAH DI PLKN.”

  1. Lan Says:

    askm,,,,,saya terpanggil untuk menjawab berkenaan ISU PLKN ini,,bukan kerana saya seorang kakitangan kerajaan maka saya menafikan artikal saudara,,walaupun artikel 2007 diterbitkan,namun ini kali pertama saya membaca.Pada 2007 saya adalah seorang STAF (bukan Jurulatih) yang ditugaskan untuk Kem PLKN.Tugas saya disitu adalah di bahagian pengurusan.Saya tahu selok belok latihan PLKN.Memang tak dinafikan ada benar juga apa yang saudara katakan.Tapi itu dipantau dan diambil tindakan.Pernah tak saudara dengar di media-media,, KEM PLKN ini ditutup atas dasar keselamatan,kebersihan dan tidak mengikut piawaian sebenar. itulah tindakan yang dikenakan pada pengusaha kem PLKN. Tentang moral pula, saya rasa semuanya positif. Bertanyalah pada bekas-bekas pelatih PLKN sendiri. Apa yang saudar tahu tentang modul yang ada dalam PLKN?????


Leave a Reply