MOHAMAD NURI

Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan

BANGGAKAH KITA KALAU…. Oktober 24, 2007

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 2:54 pm

Salam 13 Syawal..

Banggakah kita kalau…menumpang kereta Mercedes rakan untuk ke pejabat? Banggakah kita kalau….setakat menumpang ‘teksi’ orang lain untuk ke angkasa?. (itupun setelah mendapat komisyen & ehsan dari Rusia kerana membeli jet pejuang Sukhoi!)

Secara jujurnya, saya bangga tetapi dalam masa yang sama mengkritik. Hampir RM100 juta terpaksa dikorbankan. RM 100 juta bukan sedikit. Andai jumlah sebesar itu digunakan bagi membina rumah kos rendah, maka 25,000 rakyat kerdil akan dapat berteduh dari hujan dan panas. Andai wang sebanyak itu disalurkan untuk kemudahan pendidikan,maka ratusan ribu remaja Islam tidak perlu menanggung beban riba PTPTNMungkin dengan kisah ini, rakyat kian leka dan lupa pada ISA, Kg Berembang, skandal kapal selam, Altantuya, rasuah, isu kehakiman serta terbaru Tragedi Batu Buruk.

TIDAK…RAKYAT BUKAN BUDAK KECIL

Tetapi, nilaian itu kelihatan kecil & penting bagi menjamin survival politik parti pemerintah. Kenapa? Kerana tatkala negara kalut dengan tragedi Batu Buruk, jenayah yang meningkat, video VK Lingam, kenaikan harga barang, maka Sheikh Muszaphar adalah satu-satunya umpan yang tinggal untuk diberi makan buat rakyat. Jesteru, tidak hairan jika kejayaannya ke angkasa diperbesar-besarkan media hingga menenggelamkan isu lain yang lebih penting.

Kita bukan anti kemajuan. Tetapi apakah yang perlu dibanggakan kalau setakat ke angkasa bagi melakukan ‘ujikaji bodoh’?. Namun, apa yang palingmemuakkan tatkala melihat laporan demi laporan propaganda pro kerajaan yang seolah-olah menyifatkan kejayaan Syeikh Muszaphar ke angkasa ini sebagai tanda negara maju, negara sudah setaraf dengan negara maju lain dan sebagainya. (apakah maju kalau hanya menumpang kapal angkasa orang lain?, tidak seperti negara China yg ada kapal sendiri, teknologi & angkasawan sendiri, tanpa perlu menumpang milik orang!)

KITA BUKAN YG PERTAMA

Terimalah hakikat bahawa, Abdul Ahad Mohmand adalah rakyat Afghanistan yang pertama dilepas ke angkasa. Sebuah negara yg jauh lebih mundur dari kita. Juruterbang tentera yang kini berusia 48 tahun itu berlepas ke angkasa dengan roket Soyuz TM6 pada 29 Ogos 1988 dengan ditemani 2 angkasawan Russia, Vladimir Lyakhov dan Valery Polyakov. Beliau selamat tiba di bumi pada 6 September 1988.

abd-ahad2.jpg

Cerita keseluruhan pengembaraan mereka boleh dibaca di laman web First Afghan Astronaut dan laman ini. Sungguh jika benar kita sudah sebaris dengan negara maju dengan ‘terbangnya’ Syeikh Muszaphar ke ISS, maka bagaimana pula dengan negara Afghanistan?Boleh kita katakan Afghanistan 19 tahun lebih maju daripada kita?

Wallahu’alam. Lawan tetap lawan!

 

One Response to “BANGGAKAH KITA KALAU….”

  1. umar Says:

    saya tak kata rm100j tu tak membazir.

    tapi,sedih bila org melayu sendiri memandang lekeh kejayaan orang melayu lain. tak kisah apa cara sekalipun,tapi itu membuktikan kita mampu membuat sesuatu di mata dunia.apa salahnya menumpang?

    tak habis2 lagi propaganda duit utk rakyat miskin lah itu lah ini lah.kalau pakai logik tu,sampai bila kerajaan tak boleh buat apa2 kerana hari2 ada org miskin yang tegar.

    saya orang PAS cawangan semabok melaka, malah saya menghayati perjuangan PAS sepenuhnya.tapi, kalau kita tak berbuat sesuatu utk anak bangsa sendiri…saya sedih.saya tak kisah kalau cina atau india yg memandang sinis kejayaan dr SMS (kerana mereka cemburu). tapi,kalau org melayu ISLAM sendiri memandang lekeh…sedih la bro.


Leave a Reply