
ASSALAMUALAIKUM..
Percayalah dunia kini kian tidak selamat lagi. Saban hari, media massa tak sudah-sudah menghidangkan pelbagai tragedi. Katakana apa saja? Hitunglah dengan jari anda sendiri. Dari culik, bunuh, hidu gam, hilang, rogol, rasuah, rompak, ragut, rempit, dadah, mabuk, lepak, punk, gengster dan segalanya lagi. Senaraikanlah apa saja dan tanyalah diri sendiri, dinegara manakah jenayah ini terjadi? Tanyalah diri sendiri, kaum manakah yang mendominasi? Tanyalah diri sendiri, apakah agama mereka ini?
NURIN KE-2
Terbaru, kita dikejutkan lagi. Kisah penculikan gadis cilik yang tak berdosa pula menjadi mangsa. Kalau dulu, dunia berduka dengan tragedi adik Nurin Jazlin, kini adik Sharlinie bt Mohd. Nashar pula yang dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Apa sebenarnya? Mengapa? Bagaimana? Berbagai persoalan merantai minda kita. Siapa patut disalahkan? Ibubapa? Polis? Masyarakat? Menteri? YB?. Kenapa lambat sangat kita bertindak? Sewajarnya kisah adik Nurin dulu kita ambil iktibar dan memastikan ianya tragedi terakhir dalam negara kita. Namun, apa yang berlaku pula adalah sebaliknya.
KENAPA?
Ternyata ianya berulang lagi. Dan seperti biasa juga, muncul pula hero-hero di sebaliknya. Berjanji itu dan ini. Mencari publisiti murahan dalam dada akhbar dan tv. Sedang penjayah itu makin senang hati. Dimanakah kepakaran kita dalam mengesan penjenayah terbabit? Kenapa sampai perlu berminggu-minggu? Kenapa pula dalam kes VCD XX menteri tak sampai 2 hari pengedarnya ditangkap. Kenapa pula dalam kes Batu Burok, senarai lengkap pemberontak dapat diedarkan. Lengkap. Fuhh..hebatt. Perhatikan pula dalam kes pembunuhan ADUN MIC Johor. Tak sampai 1 hari, suspek sudah dapat dikenal pasti?.
Seolah ada kisah disebaliknya. Seolah ada sesuatu yg cukup diperkatakan. Kerana kita masih berKASTA? Ataupun kerana kita bukan menteri? Wallahua’lam (sekadar pandangan peribadi)
BINATANG KEPARAT
Persoalannya, apa yang binatang tersebut dapat dan perlukan dari seorang budak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. Dimanakah nilai kemanusiaan anugerah tuhan? Apa dosanya hingga mereka dijadikan mangsa. Jelas kini, walaupun berada di rumah sendiri, kita sudah tidak selamat lagi. Apakah mereka sudah tidak berotak lagi? Atau tiada hati perut? Apakah tiada rasa kasihan dihati? Percayalah, mereka ni bukan manusia sebenarnya, tetapi binatang yang bertopengkan manusia. Binatang yang sakit mental dan tak ada otak! Bodoh keparat!
DOA
Sesungguhnya, kita tidak mahu kejadian yang menimpa adik Nurin yang diculik dan dibunuh dengan kejam, turut berlaku ke atas adik Sharlinie. Sememangnya, usaha mengesan kanak-kanak tersebut kian giat dijalankan di semua peringkat. Pada mu Ya Allah! Kami harapkan agar adik Sharlinie selamat dan dikembalikan semula kepada keluarganya, kami harapkan jua si penculik jahanam itu akan menerima hukuman yang setimpal di atas perbuatan jijiknya dan padamu Ya Allah, kami memohon agar tiada lagi kes penculikan kanak-kanak seumpama ini di tanahair ku yang tercinta ini.
Aamin..






Feb 06, 2008 @ 16:30:38
assalamaulaikum saudara.
saya tertarik dengan blog saudara ini.terima kasih saya kerana saudara adalah salah seorang insan yang masih berpegang pada jalan ALLAH swt.Marilah kita kembali kepada nas islam yang islam asal dan sebenarnya dan bukan pada hadhari atau apa saja tapi pada asal pokok iaitu wasiat yang telah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah. kta boleh menbantu dalam mencari insan kecil ini hanya dengan meminta pertolongan dari yang maha kuasa yakni ALLAH swt.
Saya syorkan agar saudara membuat satu pengumuman di mana kita sama mengajak rakyat malaysia yang benar-benar berpegang pada agama ALLAH untuk menjalankan solat sunat hajat dan solat sunat istigarah,insyaalah sebelum peristiwa pertama tidak berulang dan rakyat tidak lagi menitiskan airmata hanya utk seketika. Mungkin benar kita masih ada kasta, kalau tidak masakan pembunuh arwah adik nurin masih belum diberkas dan bagaimana insan kecil yang ke 2 pula yang menjadi mangsa. Pada mereka ini renungkan jika yang menjadi mangsa itu adalah anak anda sendiri di mana anak anda diperlakukan sekejam itu sepertiman yang terjadi pada arwah adik nurin. Ingatlah hanya ALLAH yang tahu dimana anak kecil ini berada dan pada siapa jasad kerdil itu kini.Kerana ALLAH lebih mengetahui daripada kita insan biasa.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJENGAH, SAMA2 KITA DOAKAN ADIK SHARLINI KEMBALI DENGAN SELAMAT