ASSALAMUALAIKUM..
Salam Perjuangan..
Mutakhir ini, media pro BN memainkan peranannya pula dalam isu negara berkebajikan yang menjadi topik hangat diperkatakan oleh pemimpin politik tanahair. Malah ada pemimpin yang tidak percaya akan kemampuan mewujudkan sebuah negara berkebajikan. Kenapa perlu kebajikan? sedangkan rakyat kini telah dijaga sebaiknya.. kata segelintir dari mereka.
LANTANG
Impian kita sebagai rakyat marhaen di dalam negara ini, pastinya untuk merasai terbitnya sebuah negara berkebajikan seumpama negeri Kelantan. Namun percayalah, hasrat itu ditolak mentah-mentah oleh pemimpin UMNO Melayu yang sebelum ini lantang berkokok, berdegar-degar berhujah, kononya untuk mahu membela bangsa, agama dan tanahair.
Perhatikanlah kepada hasrat pembangkang, yang mahu menjadikan negara ini sebuah negara yang berkebajikan sekiranya rakyat memberi mandat sepenuhnya. Perhatikanlah pula kepada hasrat kerajaan UMNO sekiranya menang besar dalam pilihanraya. Tidak lain tidak bukan…hanyalah projek, projek, projek, pembangunan, pembangunan….
PERBANDINGAN
Apa yang dikemukakan oleh pembangkang dilihat lebih logik dan boleh di terima akal berbanding hujah dari pemimpin UMNO. Sesungguhnya rakyat tidak boleh diperbodohkan, mereka boleh melihat sendiri apa yang telah kerajaan PAS Kelantan lakukan selama memerintah 18 tahun dan bandingkan dengan apa yang telah UMNO lakukan selama memerintah 50 tahun mentadbir negara. Perbandingan ini pun cukup jelas bagi membuktikan siapa yang lebih menjaga kebajikan rakyat apabila mereka diberi kuasa memerintah.
Apa yang menyedihkan, setiap kali laporan kewangan syarikat dilaporkan, bahawa Petronas untung berbilion ringgit, Tenaga Nasional untung berbilion ringgit, PLUS untung berbilion ringgit, dan banyak lagi keuntungan yang dilaporkan. Persoalannya ke mana wang keuntungan itu? Kemana lagi kalau bukan ke SAKU kroni…
Apa yang rakyat dapat? Melainkan hanyalah bebanan kenaikan harga minyak, elektrik, tol, tepung gandum, bawang dan bermacam lagi yang terpaksa ditanggung. Dimaklumkan juga laporan kutipan zakat yang begitu banyak di setiap negeri tetapi siapa yang mendapat manafaatnya ? Inilah perbezaan ketara di antara PAS dan UMNO. Setiap sen wang rakyat digunakan dengan penuh berhemah supaya akhirnya rakyat yang akan merasakan hasilnya.
KELANTAN, NEGERI BERKEBAJIKAN
Dalam entry yang terdahulu, saya telah pun menulis bahawa Kerajaan Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM 3 juta untuk menjaga kebajikan 130,000 orang warga emas, tetapi kalau di Negeri Sembilan pula sejumlah RM 3 juta juga dibelanjakan hanya untuk membaiki dapur rumah kediaman Menteri Besar. Sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rakyat dengan duit sebanyak itu.
Semua ini tidak termasuk perbelanjaan membeli jet peribadi buat Perdana Menteri yang dikatakan bernilai RM 200 juta. Jumlah tersebut kalau diguna untuk menjaga kebajikan rakyat, tentunya dapat membina sebanyak 6666 buah rumah.
TUKAR??
Terkini, timbul pula saranan dari pemimpin UMNO Kelantan yang meminta supaya rakyat menukar Kerajaan Kelantan, kerana tempoh 18 tahun PAS memerintah adalah lama. Jawapan saya mudah saja, kalau PAS perintah Kelantan 18 tahun tu di kira sudah lama, maka UMNO yang memerintah Malaysia selama 50 tahun tentunya lebih lama dan WAJIB ditukar keseluruhannya. Bak kata pepatah moden, pemimpin UMNO bagaikan lampin bayi, perlu ditukar dengan kerap, kalau tidak badan bayi tentunya akan berkudis.
Saya kira kenyataan di atas boleh menjawab sebahagian kenyataan gelabah dari pemimpin UMNO yang tak tahu malu. Keluarkan kenyataan itu dan ini, terang terangan menipu rakyat. Kepada rakyat, berilah peluang kepada PAS dan BA membuktikan apa yang dijanjikan kepada rakyat seperti menurunkan harga minyak, memberikan pendidikan percuma dan pelbagai lagi kebajikan yang ditawarkan.
PERCAYALAH, REZEKI BUKANNYA DITANGAN UMNO
Yakinlah dengan kami untuk mentadbir Malaysia sebagaimana keyakinan rakyat Kelantan kepada YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memerintah negeri Kelantan. Ambillah semangat hijrah ini, untuk sama-sama kita berhijrah & berazam agar tegaknya nanti sebuah pemerintahan yang lebih baik iaitu kepada sebuah kerajaan yang membangun bersama Islam. Takbirr..

islam adalah cara hidup yg terbaik..tk kira pas atau umno yg bawa..maka wajib kita menyokong perjuangan mrk yg benar2 berjuang utk menegakkan islam..dan skrg telah nyata umno adalah satu parti yg tdk mahu kpd islam..mrk hanyalah golongan yg dtg utk memecahbelahkan umat islam d malaysia..
SEBAB ITULAH..KITA PERLU TENTANG MEREKA
RM3 juta untuk 130,000 warga emas…….!!! kalau kita bahagi RM3,000,000.00/130,000 = RM 23.08 utk seorg….. utk berapa lama RM23 ni???? seminggu ke? sebulan ke? ataupun 5 thn…. patutlah rakyat kelantan semakin menyampah dgn PAS….. tipu warga emas bolehlah kerana depa tak boleh mengira… tapi kami org2 muda dah pandai mengira cikgu!!!!
PAS nak memerintah M’sia mcmana kalu masuk bertANDING tak cukup 50% kerusi parlimen takkan nak bergabung dgn DAP kot???? sorg kononnya pejuang Islam, sorg lagi kafir harbie(DAP), keadilan pulak campur2 melayu ada, cina ada indiapun ada..!!! di Penang DAP bertanding 29 kerusi dr 40 kerusi ADUN, tinggal lagi utk PAS dan Keadilan 11 kerusi… berapa PAs dpt??? berapa keadilan dpt??? dlm keadilan pemimpinnya ramai melayu ke ramai bukannya melayu…. confuse, confuse…. dgn umno yg rata2nya melayu Islam dianggapnya musuh tapi dgn DAP boleh pulok berkawan bukan secara terus tapi menjadikan Keadilan (campuran melayu,cina&india)sbg jambatan… sudah sudahlah tu…. ambo tahu doh puak2 demo menipu kawe selama ni….
come on la cikgu nurin ..
dah ada kerajaan di sebuah negeri, jadi, pandai2 lah buat. tak dak duit, cari. takdak sokongan, kelantan lah yang jadi model.
bila orang cina di selangor tengok kelantan duit ada, peluang ada, kilang banyak, maju, dan juga mengamalkan islam yang sebenarnya, mungkin depa bukan saja akan melabur di kelantan, malah akan terpikat memeluk islam sama.
itu yang kita nak. negara islam yang progresif. simbol kejayaan duniawi dan akhirat.
cara itu saja dapat diletakkan testimoni yang WUJUD dan BENAR yang dapat dilihat oleh para pengundi. dan kalau kelantan boleh disimbolkan maka, calon2 PAS tak payah nak cakap banyak. tunjuk saja statistik atau kejayaan negeri tu. orang akan sokong.
benda ni sepatutnya menjadi continous process. bukan untuk dekat pilihanraya baru nak buat. kita tak takut langsung nak buat perubahan atau pun berubah. tapi berubah ke mana? lagi takut kalau taktau nak berubah ke mana. merana kah? senang kah? terseksa kah? damai kah?
taktau nak ke mana tu sebab memang tak diadakan satu simbol kemampuan untuk tatapan orang sebagai Alternatif!
Knp kita kata UMNO tdk mahu kpd Islam? Adakah UMNO & kerajaan BN halang kita amalkan ajaran Islam? Adakah negara kita tak benarkan muslimah bertudung? Kerajaan Puhat halang penyebaran syiar Islam?
Aku kesal sgt krn sbg umat Islam, kita begitu lantang mengatakan org lain tdk Islam @ tdk mahu kpd Islam. Apakah kita ini Islam jika kita melakukan perkara yg jelas dilarang dlm Islam spt mengeluarkan kata nista, menimbulkan sentimen berpuak2, & bergeseran sesama Muslim?
Spnjg aku bersama PAS hingga kini, aku kesal sgt sbb kita tak amalkan Islam yg sebenar. Kita semua solat 5 kali sehari & pandai serba-serbi dlm agama. Tp bila berkaitan politik, kita jd lain. Sikap kita jd agrsif tp bkn pd sesuatu yg baik. Tak perlulah aku perjelaskan lg sbb kita semua tahu apa yg berlaku.
Aku hrp kita akan kembali pd ajaran Islam sebenar. Ingatlah. Apa yg kita ajari pd org lain sehinggalah hal itu tersebar ke anak cucu akan berkembang saham tersebut mengikut baik buruknya. Jika buruk yg kita ajarkan maka saham dosa kita akan berkembang beranak-pinak & menemani kita hingga ke akhirat..
PAS & UMNO jgnlah bergaduh @ mencaci-maki. Berdosa. Lgpun kita sesama Muslim & Melayu yg seharusnya bersatu teguh agar tidak tertindas di bumi sendiri. Jdkan Islam sbg 1 cara hidup tp jgn gunakan Islam utk kepentingan peribadi..
__________________________________________________________________________
JAWAPAN KEPADA klateguy@gmail.com
Sebab itulah kita kena kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah untuk melihat siapa yang betul-betul mahu kepada Islam. PAS telah lama menawarkan satu debat terbuka kepada pemimpin UMNO untuk melihat parti mana yang betul-betul ikhlas untuk melaksanakan Islam. PAS sanggup dibubarkan, kalau UMNO sanggup melaksanakan islam yang hakiki bukannya Islam Hadhari. Beranikah UMNO dibubarkan? jika sebaliknya.