Salam perjuangan
Pagi ini saya kembali bersemangat untuk kembali menulis setelah beberapa hari tidak sempat untuk update artikel terkini. Bulan Ramadhan ini saya di uji dengan kesihatan mertua yang semakin tidak menentu, kakak ipar pula kemalangan menyebabkan isteri saya yang tersayang tidak duduk diam terpaksa menumpukan perhatian menjaga bondanya yang tercinta. Apa yang menceriakan hati saya ialah kerenah anak-anak yang berpuasa. Anak saya yang sulong Nurul Nadhilah 11 tahun memahami kewajipan berpuasa. Manakala anak saya yang kedua ahmad syahmi 9 tahun dan ahmad syakir 7 tahun berpuasa dan bertarawih kerana janji saya akan memberikan upah seringgit untuk berpuasa dan seringgit untuk solat tarawih 8 rakaat. Moga tahun hadapan mereka akan memahami tuntutan berpuasa tanpa mengharapkan upah dari saya he! he! he!
Kembali kepada isu 16 september… Kita mengharapkan pertukaran pucuk kepimpinan negara akan menjadi realiti dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Doa kita moga perubahan ini tidak akan menjadi huru hara seperti di Thailand sehingga memaksa pengisytiharan darurat dilakukan.
Semalam saya dimaklumkan satu mesyuarat Pakatan Rakyat telah diadakan. Saya khuatir PAS akan ketinggalan dalam isu peralihan kuasa ini. Dengan pelbagai alasan yang dicipta sendiri oleh PAS yang di lihat rakyat tidak istiqamah boleh membantutkan perjuangan yang telah diasaskan selama ini. Menumbangkan UMNO dan BN adalah perkara yang mesti dilakukan dan bukankah ini yang telah didoakan oleh semua pemimpin dan penyokong PAS ? PAS harus mengambil langkah yang lebih berseni dalam dunia politik kini dan demi meneruskan hasrat perjuangan yang murni ini. Janganlah sampai yang dikendong keciciran dan yang dikejar tidak dapat. PAS tidak boleh berterusan berkeras dan mengutamakan slogan negara Islam dan pada masa yang sama menolak pengisian yang baik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat. PAS bagi saya tidak ada pilihan melainkan bersama dengan Pakatan Rakyat untuk membina sebuah negara merdeka dari rasuah, penyelewengan, beramanah, adil dan berkebajikan sebagaimana pengisian sebuah negara yang diidamkan oleh PAS.
Belajar dari sejarah perjuangan Nabi Muhamad SAW sendiri pun semasa 13 tahun di Mekah tidak pernah menyebut slogan negara Islam tetapi pada masa yang sama mengamalkan pengisian yang dikehendaki oleh Islam. PAS juga harus melihat isu ini dalam kontek sebuah negara yang baru hendak berubah kepada yang lebih baik setelah sekian lama disesatkan oleh kebobrokan UMNO dan BN. PAS juga harus bersabar untuk menerajui kepimpinan Negara dalam suasana yang ada. Saya teringat kebijaksanaan Tok guru mengadakan tahalluf siasi dengan semangat 46 dulu telah memberi peluang kepada PAS membuktikan banyak perkara dalam pemerintahannya dan akhirnya ramai orang memahami perjuangan PAS di Kelantan sebab itulah apabilla semangat 46 bercerai talak 3 dipertengahan penggal ke 2 pemerintahan PAS namun rakyat tetap bersama tok guru.
Saya juga seakan boleh menjangka jika PAS bersabar dan bersama dengan Pakatan Rakyat di penggal pertama pemerintahan negara maka apabila masuk ke penggal kedua rakyat akan lebih dapat menerima PAS dan pada masa itu apabila PAS mempunyai banyak kerusi di Parlimen maka PAS lah yang akan memimpin Malaysia dengan lebih cemerlang. InsyaAllah.

jangan bimbang tentag di mana pas akan berada. Allah akan menentukan segalanya. Kita hanya mampu merancang sahaja…
Insya’Allah berjaya…
Di mana PAS ??? PAS di persimpangan antara jalan ke Syurga dan Neraka. Bahkan PAS sudah membelok ke Neraka. Pembentukan Kerajaan PR yang ditaja Anwar adalah RASUAH yang sangat agung. Kerajaan yang bakal ditubuhkan adalah kerajaan berasaskan rasuah. Selama ini PAS menuduh UMNO rasuah, malangnya PAS bersekongkol di dalam PR bermandi NAJIS rasuah. Samada Anwar berjaya atau tidak, PAS telah pun bersekongkol dengan Anwar, membeli Ahli Parlimen BN. Terang lagi bersuluh, PAS telah tergelincir dari Siratal Mustaqim. Memang 13 tahun pertama perjuangan Nabi Muhammad (s.a.w.) bukan atas dasar Islam, tetapi Iman. Tapi 13 tahun itu sebelum Hijrah. Sekarang ini 1429 tahun selepas Hijrah. Islam sudah terzahir. (Inaddina Indallahil Islam). Janganlah kamu ketepikan Islam demi kekuasaan duniawi. Firaun lebih hebat kuasanya. Namun ISTIDRAJ semata-mata. Islam bukan kosmetik atau sekadar adat istiadat, jauh sekali Islam itu PAS. Tetapi PAS sekarang ini lebih mulia dari Islam. PAS lambang kemegahan. PAS tidak boleh dikritik. Menghina PAS bererti menghina Islam? Sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang di dalam keraguan tentang hala tuju PAS. Nak kembali kepada UMNO, ludah dan kahak tidak terjilat balik. Nak terus dengan PR… Asas kerajaannya RASUAH (beli MP) Lebih baik PAS keluar PR, jangan sertai UMNO/BN. Istiqamah dengan Siratal Mustaqim (Jalan Yang Lurus). Fikir-fikirkanlah kerana Yaumul Qiamah (Hari Kebangkitan) itu adalah BENAR.
Tidak perlu disiar komen ini.