Salam perjuangan,

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada rakyat Malaysia amnya dan Kelantan khasnya yang telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah pada tahun ini.  Semoga anda semua selamat berlepas dan selamat kembali dengan jayanya.  Gunalah kesemua peluang dan ruang semasa berada di bumi bertuah ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Buat sahabat terdekat yang akan menunaikan Haji pada musim ini, saya kira ucapan dalam blog ini bolehlah dianggap sebagai pengganti diri selain dari telefon.  Kepada kekanda YB Salehuddin yang akan bertolak ke Mekah menggunakan kourta MB Perak diucapkan Selamat Menunaikan Rukun Islam yang ke lima.

Untuk Makluman sahabat semua, saya dan isteri telah meletakkan target untuk menunaikan Haji sebelum atau pada usia 40 tahun. Ini bermakna saya mempunyai tempoh selama tiga untuk untuk memperlengkapkan diri secukupnya bagi membolehkan target itu tercapai. Buat sahabat yang akan ke Mekah diharapkan sudi memasukkan nama saya dan isteri di dalam doakan kalian agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki supaya target ini menjadi kenyataan.

Pada kebiasaannya setiap kali memasuki bulan zulhijjah maka di antara peristiwa yang sering meniti di bibir penceramah ialah peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail serta Isteri Baginda Siti Hajar.  Banyak pengajaran dari peristiwa tersebut yang boleh nmenjadi iktibar kepada kita umat Islam di Malaysia. Korban yang kita lakukan setiap kali menyambut Hari Raya Haji ialah mengambil sempena pengorbanan kedua beranak yang patuh kepada arahan Allah SWT sepenuh jiwa raga.  Bagaimana kita umat Islam dapat mencontohi akhlak baginda Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail apabila bertemu suruhan Allah dan kepentingan diri….

Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur.  Kepada Rakyat Malaysia yang tidak ke Mekah diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan semoga korban kita di terima Allah SWT.

About these ads