MOHAMAD NURI

Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan

YB ADUN SALOR BINA RUMAH RAKYAT MISKIN Disember 23, 2008

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 3:23 pm
Tags: , , , , , , , , , ,

Assalamualaikum, Salam perjuangan,

Tiga keluarga miskin di pilih untuk menerima bantuan membaiki dan membina rumah. Senarai mereka yang layak telah dikemukakan oleh penghulu masing-masing melalui borang yang disediakan oleh pejabat DUN Salor. Walau bagaimanapun tiga keluarga tadi terpilih untuk mendahului penerima sumbangan dari YB Dato Hj Husam Musa selaku ADUN Salor.

Majlis pembinaan rumah tersebut dimulakan dengan solat hajat dan kemudian diikuti curahan konkrit sebagai asas pembinaan rumah. Saya mewakili YB ADUN hadir di majlis di dua tempat yang berasingan iaitu di kampung surau dan di kampung dewan beta. Manakala di Kota Selatan juga memulakan pembinaan rumah tersebut pada hari yang sama.

Dengan bantuan yang diberikan oleh YB ADUN Salor tadi akan memberikan keselesaan kepada penghuni rumah menjelang tahun baru 2009 dan 1430. Kepada pemohon yang lain diharapkan dapat bersabar kerana peruntukkan yang terhad.

 

PRK KUALA TERENGGANU Disember 19, 2008

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 5:10 pm

Salam perjuangan…..

Sudah dimaklumi bahawa PRK KT akan bermula secara rasmi dengan tarkh penamaan calon pada 6 Januari 2009 dan tarikh mengundi 17 Januari 2009. Persoalan calon masih lagi di peringkat rahsia. YAB Tuan Guru sekali lagi menegaskan bahawa cadangan beliau mengenai Mat Sabu adalah merupakan pandangan peribadi dan terserahlah kepada keputusan mesyuarat yang memilih calon.  Ada beberapa pandangan yang mahukan calon anak tempatan dan berkelulusan tinggi  serta mesra rakyat bagi mewakili Parlimen Kuala Terengganu yang diistilahkan sebagai kawasan bandar dan ramai orang cerdik pandai.

Siapapun calon dalam saat sekarang bagi saya tidaklah begitu penting.  Apa yang lebih mustahak ialah komitmen dan kerjasama dari semua pihak bermula pimpinan sehingga ke akar umbi untuk memberikan sokongan serta bekerja lebih kuat untuk memenangkan calon yang telah diputuskan oleh syura. Ingat, kemenangan dalam PRK ini akan mendekatkan lagi jejak ke putrajaya yang telah dicanangkan sebelum ini..

Petugas PRK dari kedua-dua parti mahupun bebas diberitakan telah mula memasuki dan bertapak di dalam kawasan PRK untuk merancang strategi bagi memenangkan calon masing-masing.  Saya juga telah diarahkan turun untuk mengepalai satu gelombang bagi memperkuatkan petu undi losong masjid.  Doakan agar saya berjaya mempertahankan kemenangan UPU tersebut dengan majoriti yang lebih besar.

 

MANGSA KORBAN AIDIL ADHA Disember 9, 2008

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 3:31 am
Tags: , , , ,

Salam perjuangan,

Memang nasib kaulah sentiasa menjadi mangsa korban pada musim raya haji… Pengorbanan kau cukup besar sehingga menyerahkan nyawa dan seluruh isi mu untuk di lapah manusia bagi menunaikan perintah Allah. Persoalannya adakah manusia juga sanggup berkorban seperti mu untuk menunaikan perintah Allah.

 

TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA : BALA ALLAH ATAU BENCANA ALAM Disember 7, 2008

Difailkan di bawah: 1, SEMASA — cikgunurionline @ 1:05 am
Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Salam perjuangan,

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang menyayatkan hati dengan bilangan yang terbunuh setakat ini seramai 4 orang dan berpuluh-puluh yang lain cedera. Manakala beribu orang pula diarahkan berpindah kerana dikhuatiri tanah runtuh akan berlaku lagi memandangkan keadaan hujan. Kejadian ini adalah ulangan kepada tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun dahulu.

Maka sibuklah PM dan TPM memberi kenyataan bahawa pembangunan di lereng bukit khususnya di kawasan yang berisiko tinggi tidak akan diluluskan lagi. Tajuk bencana Alam dibesarkan oleh media arus perdana.

Apa yang menyedihkan bahawa tidak terkeluar dari mulut pemimpin tertinggi negara ucapan yang mengaitkan bala dari Allah. Susah sangatkah untuk mengucapkan bahawa apa yang berlaku ini adalah satu bala dari Allah dan peringatan kepada semua manusia supaya kembali ke jalan yang benar untuk menyelamatkan diri dari terkena Bala dari Allah. Bukankah sesuatu kejadian yang berlaku di atas muka bumi ada kaitan dengan Allah SWT. Media massa juga seolah-olah menyembunyikan topik Bala dari Allah. Firman Allah yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “. Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah . Kita tidak tahu apakah perbuatan yang dilakukan di sekitar perumahan itu…

Saya mencadangkan satu muhasabah mengenai perbuatan yang menyalahi agama dilakukan dikawasan itu selain bedah siasat mengenai keadaan tanah dan pelbagai prosedur perumahan. Ini adalah sebagai satu amaran dan pengiktibaran kepada masyarakat di tempat lain walaupun bukan berada di lereng bukit.

 

GAMBAR MENARIK DI BANDUNG Disember 4, 2008

Difailkan di bawah: 1, PELBAGAI — cikgunurionline @ 9:02 am
Tags: , , , , ,
 

GAMBAR MENARIK 08 Disember 4, 2008

Difailkan di bawah: PELBAGAI — cikgunurionline @ 8:56 am
Tags: , , , , , , ,

dsc008161Dalam Airasiadsc00995dsc00990dsc008061dsc00667

dsc00856dsc01086dsc009551

dsc00879dsc008751dsc008511dsc008361dsc008271dsc00801

dsc00835dsc00831dsc006331dsc008061dsc001521

dsc006571dsc00075dsc00066

Salam Perjuangan….

 

SALAM EIDUL ADHA 1429 Disember 2, 2008

Difailkan di bawah: PELBAGAI — cikgunurionline @ 3:31 am
Tags:

ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN..

Alhamdulillah.. sinar Aidiladha bakal menjelma lagi. Marilah bersama-sama kita bersyukurlah kehadrat Allah S.W.T. Pada Hari Raya Aidiladha nanti, marilah kita bersama – sama mengingati semula kisah pengorbanan Nabi Ibrahim & kesabaran anakandanya Nabi Ismail dalam menunaikan serta memenuhi perintah Allah.

Marilah kita renung kembali sedalam-dalamnya hikmah perlaksanaannya kepada umat islam.

aidiladha1

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud.. ”Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat ( sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya” – Riwayat Imam At-Tarmizi, Ibnu Majah & Al-Hakim.

Qurban ialah menyembelih binatang ternakan pada hari Raya Eidul Adha atau hari–hari Tasyrik (11, 12, & 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Hukum Ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi mereka yang mampu dan wajib bagi mereka yang bernazar.

Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat 2 rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang ingin menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS, kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Walau bagaimanapun, peristiwa tersebut hanyalah merupakan sekadar ujian Allah kepada mereka berdua. Mereka telah berjaya dalam ujian tersebut di mana Nabi Ibrahim AS sanggup menyembelihkan anak sendiri dan Nabi Ismail AS pula patuh dengan perintah ayahnya untuk disembelih.

Peristiwa ini menunjukkan kepatuhan mereka kepada perintah Allah SWT lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail AS dengan seekor Qibasy. Ibadah Qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, dalam sejarah Islam tarikh 10 Zulhijah merupakan hari di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari Syurga dan di turunkan ke bumi sebelum berjumpa semula di Padang Arafah. Pada bulan ini juga, umat Islam seluruh dunia mengerjakan ibadah Haji yang merupakan rukun Islam yang kelima. Ianya mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke 6 Hijrah.

Marilah juga bersama kita menghayati maksud dari Surah Al – Maidah yang berbunyi :

“Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu..
dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu..
dan aku telah redha Islam itu menjadi agama kami”

Semoga dengan ini hidup kita lebih diberkati dan marilah kita bersama – sama mempertahankan kesucian agama Islam yang kita cintai.

SALAM AIDILADHA 1429