TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA : BALA ALLAH ATAU BENCANA ALAM

Salam perjuangan,

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi yang menyayatkan hati dengan bilangan yang terbunuh setakat ini seramai 4 orang dan berpuluh-puluh yang lain cedera. Manakala beribu orang pula diarahkan berpindah kerana dikhuatiri tanah runtuh akan berlaku lagi memandangkan keadaan hujan. Kejadian ini adalah ulangan kepada tragedi Highland Tower yang berlaku 15 tahun dahulu.

Maka sibuklah PM dan TPM memberi kenyataan bahawa pembangunan di lereng bukit khususnya di kawasan yang berisiko tinggi tidak akan diluluskan lagi. Tajuk bencana Alam dibesarkan oleh media arus perdana.

Apa yang menyedihkan bahawa tidak terkeluar dari mulut pemimpin tertinggi negara ucapan yang mengaitkan bala dari Allah. Susah sangatkah untuk mengucapkan bahawa apa yang berlaku ini adalah satu bala dari Allah dan peringatan kepada semua manusia supaya kembali ke jalan yang benar untuk menyelamatkan diri dari terkena Bala dari Allah. Bukankah sesuatu kejadian yang berlaku di atas muka bumi ada kaitan dengan Allah SWT. Media massa juga seolah-olah menyembunyikan topik Bala dari Allah. Firman Allah yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “. Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah . Kita tidak tahu apakah perbuatan yang dilakukan di sekitar perumahan itu…

Saya mencadangkan satu muhasabah mengenai perbuatan yang menyalahi agama dilakukan dikawasan itu selain bedah siasat mengenai keadaan tanah dan pelbagai prosedur perumahan. Ini adalah sebagai satu amaran dan pengiktibaran kepada masyarakat di tempat lain walaupun bukan berada di lereng bukit.

Explore posts in the same categories: 1, SEMASA

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

7 Comments on “TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA : BALA ALLAH ATAU BENCANA ALAM”

  1. zerina Says:

    hi . . saya dari sabah . . .kalau la saya ada berdekatan di sana lama suda aku belas kasihan tapi apa kan daya . . .

    jwp : Terima kasih atas perasaan belas kasihan yang masih wujud. Semoga Allah merahmati kita semua dan mereka yang menjadi mangsa kejadian tanah runtuh itu. Amin

  2. Hj Sulaiman Alias Says:

    Askum..

    Walaupun Cikgu bukan YB kawasan Kubang Kerian (bagi saya PR13 ni cikgu kena ganti YB Salahuddin)…harap cikgu bertindak segera…jalan belakang (lorong bas) ke Masjid As Sultan Ismail Petra pecah dan berlubang teruk.Kerap hampir berlaku kemalangan di situ dan pernah 2 kali penunggang motosikal terjatuh di situ..saya sendiri terpaksa lebih berhati2 bila memandy ke masjid.

    jwp : Maklumat jalan rosak, insyaallah saya akan kemukakan kepada pihak yang berkenaan. Mungkin peruntukkan utk tahun ini sudah habis, maka kena tunggu peruntukkan tahun depan untuk baiki. Harap maklum

  3. cikli Says:

    Salam cikgu, selamat hari raya.

    semuanya ujian dari Allah.
    kadang2 bala berbentuk nikmat yang paling bahaya kerana semakin menjauhkan kita dariNya.

    jwp : Sebab itulah kita dianjurkan untuk mengingati Allah sepanjang masa bukan hanya di waktu susah sahaja…

  4. sumaiyah Says:

    salam…mmg apa yg berlaku merupakan peringatan daripada Allah untuk kita fikirkan kembali.. sebahagian daripada tanda-tanda akhir zaman dan amaran untuk kita yang masih hidup..semoga di hati kita semua termasuk penduduk2 sekitar kawasan terdetik rasa keinsafan dan berusaha untuk kembali kepada-Nya..di kesempatan aidiladha ini..mungkin pihak berkuasa masjid di kawasan terdekat boleh mengambil kesempatan mengumpulkan penduduk sekitar dengan menjalankan majlis solat hajat dan seterusnya menyampaikan ceramah mengenai ujian Allah yang baru menim[pa mereka..insyaAllah..

    jwp : Satu cadangan yang baik untuk dipraktikkan… Semoga Pakatan Rakyat akan dapat menguasai hati-hati masyarakat sekitar. Amin

  5. kklunas Says:

    Assalamualaikum…Bila pintu hati dah tertutup dek kealpaan kita mengingati Allah maka hidup kita cuma berpandukan nafsu dan logik akal semata-mata. Bila berlaku musibah mulalah menunding pihak-pihak yang berkaitan kononnya tidak memberi amaran awal. tetapi adakah mereka tidak terfikir semua bala bencana yang diturunkan oleh Allah akibat dari kecuaian manusia? Yang saya terkilan ada segelintir daripada mangsa masih angkuh dan sombong dengan memaki hamun petugas yang datang menyelamat. Menjadikan pasukan penyelamat sebagai hamba mereka. Adakah mereka tidak terfikir dek kerana sikap mereka yang angkuh, sombong, riak, takbur selama ini Allah telah menimpa bencana ini pada mereka? TIADA YANG LEBIH MULIA DI SISI ALLAH MELAINKAN HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.Wassalam

    jwp : Sama-samalah kita muhasabah diri masing-masing mengapa aku diciptakan di atas muka bumi ini ? Dari mana dan ke mana aku sebelum dan selepas berada di atas muka bumi ? Di situlah akan melahirkan manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka yang hakiki…


  6. [...] TRAGEDI BUKIT ANTARABANGSA : BALA ALLAH ATAU BENCANA ALAM « MOHAMAD NURI [...]

    jwp : Terima kasih…

  7. drcancer Says:

    doa byk2 moga kita terpelihara.


Comment: