Salam perjuangan,
SPR telah mengumumkan bahawa penamaan calon akan diadakan pada 17 ogos (Isnin) dan pengundian pula pada 25 (Selasa). Selain itu, tiada kompromi lagi untuk bangsal panas, perayu undi. TPM Tan Sri Muhyidin Yassin berkata beliau mewakili BN akan mematuhi segala arahan dari SPR cuma beliau meminta SPR memantau perjalanan kempen pihak pembangkang. Sandiwara yang dilakukan oleh TPM ini seolah -olah cerita seorang pencuri yang bimbang di tuduh mencuri maka dia cepat-cepat menuduh orang lain sebagai pencuri. Memang dari pengamatan saya selaku rakyat bawahan, pihak yang sentiasa melanggar peraturan ialah pihak Kerajaan kerana mereka rasa mereka amat kebal dari undang-undang. Pihak mana yang menggunakan jentera Kerajaan untuk berdepan dalam setiap PRU atau PRK, pihak mana yang menggunakan wang bagi merasuah pegundi supaya menyokong mereka, pihak mana yang menggunakan media massa sebagai media kempen mereka ? pihak mana yang mengugut kakitangan kerajaan supaya menyokong mereka ? semua ini jelas kepada kita bahawa pihak mana yang telah melanggar arahan SPR dan pihak mana yang mematuhinya.
Saya tidak berani bertaruh tetapi saya cukup yakin jika UMNO BN bertanding sebagai anak jantan dengan tidak menyalahgunakan jentera kerajaan maka PR sudah lama memerintah Malaysia. UMNO/BN jangan bermimpi untuk memenangi mana-mana PRK atau PRU. Sama-sama kita berdoa semoga semua pihak bersedia untuk bertanding secara anak jantan dan mematuhi segala arahan SPR dengan betul.
Kepada PAS dan Pakatan Rakyat, saya ingin mengingatkan supaya jangan merasa selesa dengan majoriti yang besar semasa PRU ke 12 baru-baru ini. Saya melihat UMNO akan menggunakan strategi di MU baru-baru ini sebagai asas dengan membaiki segala kelemahan yang ada untuk berhadapan dengan calon PAS di PM nanti. Soal calon yang di terima oleh rakyat mestilah menjadi kriteria utama, selain populariti seseorang calon tersebut. Jika PM Datuk Seri Najib sudah memberi amaran kepada semua UMNO bahagian bahawa jawatan tidak lagi menjadi kriteria utama pemilihan calon sebaliknya penerimaan rakyat kepada seorang calon itu yang diutamakan sesuai dengan tema beliau iaitu rakyat diutamakan maka apa salahnya jika Pakatan Rakyat khasnya PAS sendiri mengguna pakai kaedah pemilihan calon seperti ini selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat itu sendiri.






Ogo 12, 2009 @ 03:59:00
UMNO, bila depa ikut undang-undang pilihanraya? Kempen dengan TV kerajaan tu boleh ka? Guna jentera kerajaan tu kira ok kut?
Depa tak pernah langgar undang-undang pilihanraya? Tak pernah rasuah pengundi? Jambatan kat Manik Urai tu kira macam mana?
Ogo 12, 2009 @ 06:51:50
Pengaiian Ilmu oleh Tok2 Guru(15-16 Ogos 2009)
Pengajian Bulanan Bersama Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam di Bandar Baru Salak Tinggi
Pengajian Bulanan Bersama al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi (Khatam kitab Kiamat Hampir Tiba)
Tarikh: 25 Sya’ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 9 pagi – 12 tengahari
Tempat: 15, Jalan Vista 2/1, Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi
Kitab: Kiamat Hampir Tiba
Maklumat lanjut sila hubungi Pak Su Ridwan 019-6689885.
Ceramah: Tuan Guru Abdul Hamid Haji Daud al-Fathoni (Pondok Seligi, Kelantan)
Muslimin dan muslimat dijemput untuk mengikuti ceramah oleh Tuan Guru Abdul Hamid bin Haji Daud al-Fathoni (Baba Mid, Pengasas Pondok Seligi, Pasir Puteh, Kelantan)bertajuk AQIDAH DAN PERJUANGAN.
Tarikh: 25 Sya’ban 1430/ 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Surau Sri Baiduri, Ukay Perdana 4
Pengumuman: Perubahan Tempat Pengajian Syaikh Nuruddin Dari Masjid Wilayah ke Masjid Negara
24 Sya’ban 1430/15 Ogos 2009
Masa: Selepas sholat Maghrib
Lokasi: Masjid Negara, Kuala Lumpur
http://pondokhabib.wordpress. com
Ogo 13, 2009 @ 10:08:03
E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah
Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf
Sep 25, 2009 @ 08:16:51
BN memang macam tu. Tak da telor. Harap misai ular sawa tapi hampeh. Berani selindong belakang Abang-Abang Polis dan SPRM.