IKTIBAR PRK BAGAN PINANG

Salam perjuangan…

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana di akhir ini saya tidak mengemaskini maklumat dan artikel terkini di dalam blog ini disebabkan kelalaian diri sendiri. Saya juga telah telah menjadi ahli Facebook, jadi kekadang maklumat boleh di update dari situ. :)

Kembali kepada topik kita hari ini… Sudah di duga dan tepat iaitu media utama pro BN mengulas kemenangan BN dengan majoriti yang cukup besar sebagai bukti bahawa rakyat telah kembali menyokong BN. Jika ini benar, saya cabar Perdana Menteri Dato Seri Najib supaya segera membubarkan Parlimen untuk memberikan mandat kepada rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan mereka yang sebenar. Persoalan lain bolehkah setelah keputusan pilihanraya dimenangi oleh PR 7 – BN 1, maka ianya menjadi tanda rakyat menyokong BN ?

Saya terlibat secara langsung bertugas di PRK Bagan Pinang mewakili DPPNK bermula 2 okt – 11 okt. Apa yang dapat saya simpulkan ialah seperti berikut :-

1. Kemenangan BN ialah tidak secara anak jantan di mana BN menggunakan kaedah ala samseng untuk mengekang pengaruh PR di dalam kaw prk. Bendera Bulan tidak dibenarkan naik di beberapa taman dan diturunkan secara gangster begitu jugak billboard yang dinaikkan di bakar. Tiada liputan isu seperti ini.

2. PAS harus akur dengan kekalahan ini kerana memang patut PAS kalah. Kekuatan asas PAS ialah 4 cawangan PAS dengan ahli seramai 100 orang. Jadi jika PAS negeri 9 mahukan kemenangan yang lebih dalam PRU akan datang maka usaha menambah ahli dan juga cawangan PAS perlu dilakukan bermula sekarang… Jika tidak kita hanya menunggu nasib menyebelahi kita tanpa apa-apa usaha untuk menguatkan tunjang PAS sendiri..

3. Majlis penerangan bukannya penyerangan perlu dilakukan dengan lebih aggersif kerana pada saya masyarakat di situ tidak berapa mengenali perjuangan PAS. Ini diakui dengan pengakuan beberapa orang penduduk di taman bahawa sebelum ini mereka tidak pernah melihat bendera PAS meriah di tempat mereka.

4. Memasyarakatkan PAS ialah satu aktiviti yang perlu diutamakan. Penubuhan PASTI di semua UPU mestilah menjadi agenda utama bukan sahaja kepada pemuda tetapi jugak perhubungan PAS Negeri sendiri.

p/s :- Selamat bersidang ‘rakan-rakan UMNO’ di Perhimpunan Agung UMNO.Gambar di bawah orang lain yg buat.. saya upload je :)

gifanprk

Explore posts in the same categories: POLITIK

Tags: , , , , , , , ,

You can comment below, or link to this permanent URL from your own site.

2 Comments on “IKTIBAR PRK BAGAN PINANG”

  1. ummuahmads Says:

    salam semua.
    saya amat setuju dengan pendapat memasyarakatkan PAS kerana dengan cara itu sahaja masyarakat dapat menerima PAS. PASTI perlu diwujudkan disetiap kawasan seperti mana wujudnya tabika atau tadika kemas, kerana melalui PASTI kita boleh mendekati masyarakat setempat dan perlu pastikan agar PASTI dapat memberi alternatif terbaik berbanding tabika/tadika kemas. Maknanya orang2 N9 perlu berkerja lebih keras untuk memasyarakatkan PAS kerana ini pelaburan jangkapanjang yang pastinya membuahkan hasil yang berbaloi, insya’Allah.

  2. Mat_Pauh Says:

    Salam semua pejuang Islam,

    Saya amat mengenali cikgu Nuri semenjak dia berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Waktu itu hingusnya meleler, sering menangis di tepi jalan kerana di tinggalkan abangnya. Ayahnya Tok Imam Mat Ya’kub seorang yang paling di hormati di Kg Dewan Beta.

    Cik Gu Nuri sering menongkah arus yang payah dalam mengharungi bahtera perjuangan kehidupan untuk sampai ke distinasi cita-citanya. Beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai Guru dengan gaji yang lumayan semata-mata mahu berkhidmat untuk rakyat. Sepanjang perkhidmatan sebagai Guru, beliau berkhidmat dengan cemerlang. NAMUN kerana sikapnya yang suka merendah diri, beliau tidak pula mewar-warkan apa yang di perolehinya, sebaliknya sering tunduk tanda kesyukuran. Itu lah Nuri yang saya kenali.

    Oleh itu dalam pilihanraya ke 13 nanti, pimpinan parti perlulah memberi pertimbangan untuk beliau di beri bertanding dalam mana-mana kawasan di Kelantan. Amat sesuai dengan keperibadian, kesungguhan dan komitmen terhadap perjuangan. Malahan beliau pernah berkata ” DALAM HIDUP KITA YANG SINGKAT INI, SEDEKAHKANLAH SELURUHNYA UNTUK PERJUANGAN ISLAM AGAR ISLAM ITU DAPAT DI TEGAKKAN. NAMUN JANGAN FIKIR KITA AKAN MENANG SELAMA MANA KEPENTINGAN DIRI MELEBIHI KEPENTINGAN PERJUANGAN ” Itu lah Cik Gu Nuri yang saya kenali…..


Comment: