Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat ilahi kerana di panjangkan lagi usia. Dapat jua kita sama-sama menjalani ibadah puasa sunat di hari Nisfu Syaaban ini. Sebenarnya, masih banyak lagi amalan-amalan sunat yang boleh di lakukan, dan tidak ramai antara kita yang tahu tentangnya.

BACAAN YAASIN
Para ulama biasanya membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali setelah selesai solat maghrib, dengan niat memohon dipanjangkan umur dalam mentaati Allah pada bacaan yang pertama. Kemudian dibacakan pula Yaasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya. Kemudian dibacakan pula Yasin serta diniatkan minta dimatikan dalam iman.

ISTIGHFAR
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa dan keluarga kita.

* Mohon keampunan dua ibubapa.
* Mohon keampunan dan taubat diri.
* Membaca al-Quran.
* Membaca Tasbih.
* Membaca Solawat atas Nabi.
* Berzikir

SOLAT-SOLAT SUNAT
Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. Hendaklah kita sentiasa menyegerakan amal taat, dan jangan sekali-kali menangguhkannya ke masa yang lain, kerana dalam menangguh-nangguh amal taat itu mengandungi bahaya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :-

“Rebutlah peluang lima sebelum lima :

* Masa muda sebelum tiba masa tua.
* Masa sihat sebelum tiba masa sakit.
* Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
* Masa kaya sebelum tiba masa papa dan
* Masa hidup sebelum tiba mati.”

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing. Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T.

Wallahualam.