MOHAMAD NURI

Keredhaan Allah Matlamat Kehidupan

TAHNIAH MALAYSIA Disember 14, 2009

Difailkan di bawah: PELBAGAI — cikgunurionline @ 2:51 pm
Tags:

Vientiane – Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu dengan Vietnam.  Apa yang pasti pasukan bolasepak negara sudah menyumbang sebutir pingat cuma warnanya saja yang belum pasti samada emas atau perak.  Diharapkan pasukan negara akan bermain sebaik mungkin dalam final nanti dan seterusnya berpeluang menamatkan kemarau emas selama 20 tahun  pada Sukan SEA XXV selepas menewaskan Laos 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional, di sini sebentar tadi.

Lawan Malaysia pada pertemuan akhir Khamis ini ialah Vietnam yang sebelum itu menumpaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Chaou Anouvong, dekat sini.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan m-79 sementara gol ketiga dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-84.

Biarpun stadium dipenuhi 23,000 penyokong tuan rumah, anak buah K. Rajagobal bermula dengan yakin dan melakukan beberapa percubaan berbahaya bagi menguji kekuatan lawan.

Kedua-dua pasukan tidak bertemu dalam saingan peringkat kumpulan. Malaysia ialah naib juara Kumpulan A sementara Laos mengungguli Kumpulan B. – Bernama

 

ALHAMDULILLAH Disember 14, 2009

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 5:16 am
Tags: , , ,
Jenayah Kelantan turun 346 kes

KOTA BHARU – Sepanjang Januari tahun ini hingga semalam, jumlah kes jenayah yang berlaku di Kelantan dilaporkan menurun sebanyak 346 kes kepada 6,866 berbanding 7,212 kes dilaporkan tahun lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,356 kes berjaya diselesaikan membabitkan 2,354 tangkapan.

“Bagi kes melibatkan dadah, sehingga semalam, seramai 7,226 orang ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penyalahgunaan Dadah dan Langkah-langkah Pencegahan melibatkan belia berusia antara 18 dan 35 tahun.

“Kadar jenayah di negeri ini menurun melalui kerjasama orang ramai yang sedar untuk mencegah jenayah dengan melaporkan maklumat segera kepada polis,” katanya kepada pemberita selepas Program Rakan Cop (Shell Bersama PDRM Kelantan) di Stesen Minyak Shell Chica di sini, semalam.

Beliau berkata, program pencegahan jenayah di stesen minyak julung kali diadakan di negeri itu bertujuan menangani jenayah samun dan rompak di semua stesen minyak.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, dua kes rompakan berjaya dipatahkan polis dalam masa 24 jam melibatkan stesen minyak Shell di Pasir Puteh, manakala pada tahun lalu, satu kes rompakan di Mobil di Pengkalan Chepa.

Bagaimanapun katanya, ada kes tertentu mencatat peningkatan tahun ini dibandingkan dengan tahun lalu dan memberi saranan agar ibu bapa berperanan dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Beliau menyarankan, pencegahan tersebut memerlukan kerjasama orang ramai dan pengusaha stesen minyak perlu mempelajari ciri keselamatan bagi mengelak jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah, pemasangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta mempunyai pengawal keselamatan… sinar harian

 

TERKINI : ISU MANOHARA Disember 13, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 11:51 pm

Dis 13…

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini memerintahkan Manohara Odelio Pinot supaya kembali taat dan membayar semula hutang berjumlah RM1,112,250 kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Hakim Syarie Mohd Yusof Awang berkata perintah itu akan berkuat kuasa sebaik sahaja Tengku Muhammad Fakhry (kanan) melafazkan sumpah “Yamin Istizhar” (sumpah jelas) di mahkamah itu pada 3 Januari tahun depan.

Ketika membacakan penghujahan penghakiman lebih sejam itu, Mohd Yusof memerintahkan hukuman kembali taat terhadap Manohara itu berkuat kuasa dalam tempoh 14 hari selepas suaminya melafazkan sumpah tersebut.

Manohara yang memakai gelaran Cik Puan Temenggong, juga perlu membayar jumlah hutang itu secara sekali gus dalam tempoh 30 hari selepas selesai sumpah berkenaan disempurnakan.

“Saya berpuas hati dengan segala keterangan pihak plaintif termasuk keterangan saksi sebelum ini dan setelah mengambil kira semuanya, pihak defendan perlu kembali taat dan membayar hutang kepada suaminya Tengku Temenggong Kelantan,” kata Mohd Yusof.

Pada prosiding ini, Tengku Temenggong turut hadir mendengar keputusan tersebut tanpa kehadiran isterinya itu.

Manohara juga tidak diwakili mana-mana peguam selepas peguamnya sebelum ini Mohd Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada mewakilinya pada 3 November lepas.

Sewaktu membacakan penghakimannya, Mohd Yusof berkata tindakan Manohara (kiri) yang melarikan diri ke Indonesia dan membuat kenyataan berbaur fitnah di media massa negara itu adalah suatu tindakan yang salah di sisi Islam sedangkan beliau telah
dilayan dengan sebaik mungkin semasa tinggal bersama suaminya di Istana Mahkota di Kota Bharu.

“Apa yang dinikmati defendan itu tidak dapat diperoleh wanita lain dan sepatutnya berterima kasih kepada plaintif dan keluarga diraja tanpa membuat fitnah di media massa yang juga tersiar di Internet.

“Plaintif telah menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dengan sempurna dan tidak wujud soal penderaan semasa berada di sini dan jika kesemua telah dilakukan dengan sempurna oleh plaintif, tidak ada sebab bagi defendan melakukan tindakan sedemikian,” katanya.

Mohd Yusof berkata jika Manohara, yang juga seorang model di Indonesia, enggan kembali taat dalam tempoh 14 hari itu nanti, beliau mengikut undang-undang Islam merupakan isteri derhaka, nusyuz dan tidak berhak mendapat apa-apa keistimewaan lain daripada suaminya.

Mengenai tuntutan hutang, Mohd Yusof berkata disebabkan Manohara gagal hadir ke mahkamah untuk memberi kenyataan, mahkamah menyifatkan penafian Manohara bahawa wang itu merupakan pemberian oleh suaminya sebagai tidak relevan.

“Saya telah teliti dokumen dan wujud transaksi pemindahan wang kepada defendan dan mahkamah bersetuju dengan keterangan pihak plaintif yang boleh diterima pakai dan direkodkan,” katanya.

Ketika di luar mahkamah, Tengku Temenggong melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan tersebut dan meminta semua pihak menerima baik keputusan berkenaan.

“Semua pihak perlu menghormati keputusan ini,” katanya.

Sewaktu ditanya apakah beliau masih mengharapkan Manohara agar kembali taat kepadanya, Tengku Temenggong berkata: “Ya, sudah tentu”. – Bernama

 

TAHNIAH Disember 13, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 11:43 pm

VIENTIANE, Dis 13 — Skuad badminton wanita negara hari ini mencipta sejarah selepas mengakhiri penantian 34 pingat emas selepas menewaskan pasukan pilihan Indonesia 3-1 dalam perlawanan akhir acara berpasukan wanita yang berlangsung di Gimnasium 1, Kompleks Sukan Nasional di sini.

Biarpun tidak mensasarkan sebarang pingat pada acara ini namun pemain wanita negara yang terdiri daripada gandingan pemain baru dan berpengalaman berjaya menyumbang pingat emas pertama badminton negara pada Sukan SEA di Laos.

Dua mata pertama negara dimenangi dengan mudah menerusi pemain perseorangan pertama negara, Wong Mew Choo yang menewaskan Adriyanti Firdasari 21-18, 21-17 manakala beregu Wong Pei Tty-Chin Eei Hui menyumbang mata kedua apabila menumpaskan Shendy Puspa Irawati-Meiliana Jauhari dengan mata 21-17, 21-13.

Pemain perseorangan kedua negara, Lydia Cheah bagaimanapun tewas kepada Maria Kristin 8-21, 9-21. Mata ketiga, sekaligus mata kemenangan negara diperolehi menerusi pasangan “bidan terjun” Woon Khe Wei-Ng Hui Lin dengan menewaskan Greysia Polii-Liliyana Natsir 19-21, 21-12, 21-18 dalam perlawanan yang mengambil masa 60 minit.

Ketua jurulatih beregu negara Rexy Mainaky berkata pujian perlu diberi kepada Khe Wei dan Hui Lin yang berjaya mengatasi tekanan dengan menewaskan pasangan yang lebih berpengalaman dari Indonesia.

“Biarpun baru digandingkan, beregu ini (Khe Wei dan Hui Lin) tidak mudah putus asa dan berani memberikan saingan sengit kepada Indonesia,” katanya kepada pemberita di sini yang gembira sehingga terlupa kecederaan kaki yang dialaminya ketika menyaksikan pasukan badminton lelaki negara yang terlebih dahulu beraksi.

Rexy berkata beliau melihat pemain wanita kini perlu lebih yakin selepas menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan selepas menjalani sesi latihan bersama-sama pemain lelaki.

“Sebelum ini mereka berlatih berasingan namun selepas ini diharap mereka tidak rasa rendah diri berbanding pemain lelaki dan terus meningkatkan prestasi,” katanya.

Khe Wei, 20, yang dilihat seringkali tersenyum sepanjang perlawanan berkata beliau sebenarnya gemenntar kerana tidak pernah terfikir dapat membantu menyumbang mata kemenangan pasukan negara.

“Kami hanya diberitahu akan digandingkan bersama selepas sampai di Laos. Namun selepas mengetahui siapa lawan kami, kami hanya berserah kerana mereka lebih kuat dan cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata kepuasan kemenangan yang dimenangi hari ini bukan hanya disebabkan berjaya menamatkan penantian panjang pingat emas daripada acara itu tetapi juga semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh atlet badminton wanita negara.

“Saya lihat semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain badminton wanita menentang Indonesia perlu diberi pujian biarpun di atas kertas kelebihan terletak pada Indonesia. Saya lihat cara mereka bermain dapat membakar semangat atlet lain untuk terus berjuang,” katanya.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas ialah pada Sukan SEA 1975 di Bangkok namun selepas penyertaan pasukan Indonesia pada 1977, pasukan badminton wanita negara terus ditenggelami pemain dari Indonesia. — Bernama

 

KENDURI KAHWIN JADI KENDURI ARWAH Disember 13, 2009

Difailkan di bawah: PELBAGAI — cikgunurionline @ 11:41 pm
Tags:
Dis 12, 09 8:03pm

Majlis perkahwinan meraikan Teh Afifah Abdul Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, digantikan dengan majlis tahlil di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Berlian di Alor Setar hari ini.

Mohd Ariff maut dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa tiga orang yang lain termasuk ibu dan bapanya, Apsah Othman dan Ab Kadir Awang di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar di Perlis, petang semalam.

Ibu Teh Afifah, Siti Aishah Baharum, 58, berkata majlis yang telah dirancang tetap diteruskan kerana semua persiapan telah dibuat, tetapi ia diganti dengan majlis tahlil serta kenduri arwah untuk menantunya.

“Semalam menantu saya (Mohd Ariff) tak banyak cakap, selepas majlis akad nikah, keluarga menantu saya terus pergi ke rumah saya untuk menjamu selera tanpa menunggu sesi bergambar bersama pengantin.

“Saya menyuruh anak saya (Teh Afifah) mengajak suaminya melihat pelamin dan bilik pengantin kerana majlis perkahwinan mereka akan diadakan di Taman Kancil bersebelahan dengan taman perumahan kami, tetapi menantu saya beritahu dia nak cepat balik rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Aishah berkata, semasa diberitahu tentang kematian menantunya itu, beliau tidak memaklumkan terus kepada anaknya, sebaliknya hanya memberitahu bahawa Mohd Ariff terlibat dalam kemalangan.

“Afifah hanya mengetahui suaminya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah apabila dia sendiri yang menelefon birasnya yang merupakan doktor di hospital itu,” katanya.

Katanya, seminggu sebelum majlis pernikahan Afifah, anaknya memberitahu bahawa dia berasa tidak sedap hati dan tidak ceria.

“Sepatutnya bakal pengantin akan ceria menanti hari bahagia, tetapi sebaliknya berlaku kepada anak saya, mungkin dia dah dapat rasakan perkara buruk akan berlaku,” katanya.

Teh Afifah merupakan anak keempat daripada lima beradik dan masih menuntut dalam tahun akhir di Universiti Auckland, New Zealand dalam bidang Sains Kimia. BERNAMA

 

Lagi Isu Tuntutan Royalti Kelantan Disember 10, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 10:33 am
Royalti: Pidato khas 13 Disember ini PDF | Print | E-mail
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu.

Pidato rakyat bertajuk ‘Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa’ itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang.

Ianya adalah inisiatif Pakatan Rakayat Gombak bagi menyemarakkan lagi kempen dan sebagai sokongan kepada kerajaan Kelantan untuk bersama-sama menutut rolti yang dinafikan kerajaan pusat.

Program tersebut bakal dibarisi individu penting berkaitan tuntutan royalti iaitu Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin pakatan lain.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Bendahari PAS, Dr. Hatta Ramli.

Program itu juga antara lain bagi memberi penjelasan dan perkembangan semasa usaha kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat dalam tuntutan royalti tersebut.

Sehingga kini pelbagai usaha dilakukan kerajaan Kelantan dan pakatan rakyat bagi mendesak kerajaan pusat mengembalikan hak royalti kelantan dan bukanya sekadar wang ihsan.

Terbaru, Kelantan akan mengusahakannya melalui saluran undang undang setelah melihat jalan rundingan dengan pusat mememui jalan buntu.

Manakala ahli parlimen pakatan rakyat pula akan mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan perjanjian petroleum yang dimetrai oleh semua negeri pengeluar petroleum dengan pihak Petronas.

Selain itu, pelbagai pihak sama ada individu mahupun kumpulan sudah menyatakan sokongan untuk bersama Kelantan memperjuangkan hak rakyat negeri itu.

Ianya termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah yang mahu kerajaan tidak membelakangkan undang-undang dengan mematuhi dan menghormati kontrak perjanjian antara Kelantan dengan Petronas.

 

BTN propaganda UMNO/BN Disember 9, 2009

Difailkan di bawah: SEMASA — cikgunurionline @ 2:01 pm
Tags: , , , , ,

KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini memberitahu kerajaan negeri itu juga akan menolak program Biro Tata Negara (BTN) selagi ianya tidak diubah pada dasar Islam.

Ianya sejajar dengan tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang yang menharamkan program berkenaan kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya hari ini bagi mengulas isu BTN yang kini hangat masih hangat diperkatakan.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau bersetuju dengan program berkenaan sekiranya kurikulum BTN dirombak mengikut acuan Islam demi untuk kepentingan semua pihak, berbanding apa yang ada sekarang lebih pada penekanan bangsa.

Jelasnya, rombakan itu mesti diubah dalam semua aspek yang berkaitan dengan Islam, sama ada dari segi ekonomi, social, budaya atau sebagainya.

“Memang Malaysia sebuah negeri yang berbilang bangsa, namun Islam tidak mengutamakan bangsa di muka dunia ni dan tidak ada yang terlebih daripada bangsa lain di sisi Allah, begitu juga bangsa Arab.

“Walaupun Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi Islam tidak meletakkan bangsa Arab melebihi daripada bangsa lain.

“Kalau bangsa Arab tidak ada kelebihannya, bangsa lain seperti Melayu contohnya apa peliknya,”ujarnya.

Oleh yang demikian, tambahnya BTN yang telah lama menggunakan medan berkenaan untuk menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain atau sebagainya, perlu dirombak mengikut acuan Islam.

Katanya, sebelum ini beliau tidak mempunyai ruang untuk bersuara, hanya menegur secara umum berhubung kurikulum yang terdapat dalam program BTN itu.

“Tetapi sekarang ni, peluang tu makin terbuka, makin terbuka dan makin terbuka pekungnya yang dibuat oleh umno sendiri,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, oleh kerana Umno yang menguasai kepimpinan negara yang menolak Islam, terlalu sukar untuk diubahnya.

“Yang ada untuk memudahkan ianya berjaya dibuat, pilihan raya 13 ni, jangan undi Umno dan BN, sebaliknya undi parti Islam dan pakatan rakyat,”ujarnya

————————————————————————————–

Saya amat bersetuju dan menyokong pendirian kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang menolak program BTN untuk kakitangan mereka.  Saya sendiri berpengalaman berbahas dengan orang kuat BTN. Bila berbahas isu yang dibangkitkan ialah soal ketuanan Melayu dan persoalan kerusi orang melayu di Parlimen yang semakin terhakis. Pentingnya menyokong UMNO untuk mendaulatkan kedudukan orang Melayu di Malaysia.  Saya katakan bahawa ketuanan Islam lebih mulia dibincangkan dan Islam mampu menyatukan semua bangsa untuk memimpin Malaysia. Kedudukan Islam yang tercabar lebih utama dibahaskan dari membicarakan soal perkauman.  Nampaknya Isu perkauman telah mula diperkatakan semula oleh Bapak UMNO Malaysia iaitu Dr M.  Kepada rakyat yang terkeliru dengan perjuangan Islam Hadhari sebelum ini maka tunggu apa lagi marilah kita bersama dengan perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan perkauman yang sempit demi kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat.

 

Terkini : Isu KB Mall Disember 8, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 10:21 am
Tags:

di petik dari Malaysia insider
2 termasuk wanita ditahan berhubung kes kereta junam di KB Mall

KOTA BARU, Dis 8 — Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian sebuah kereta yang menjunam jatuh ke dalam pasar raya KB Mall di sini dua hari lepas yang membunuh dua pelajar kolej kejururawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berusia 20-an itu di tahan pukul 3 petang semalam manakala yang perempuan ditahan malam tadi di rumah masing-masing.

“Kedua-duanya kini direman beberapa hari bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dikaitkan menyebabkan kematian dalam insiden itu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5 petang Ahad lepas, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh akibat dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua lagi cedera parah iaitu Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nurul Ain Said, 17, di mana kedua-dua dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Kedua-dua lelaki dan wanita yang dipercayai rakan kepada Nurul Ain menghilangkan diri selepas kejadian itu. Siasatan lanjut kini tertumpu kepada punca dan sebab kejadian.

Semalam Abdul Rahim berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu.

Difahamkan lelaki yang ditahan semalam adalah abang angkat kepada Nurul Ain dan kenderaan Ford Laser TX3 itu telah dipinjam oleh abang angkat berkenaan daripada seorang rakannya untuk membawa Nurul Ain dan adik, Nurul Akmal, 14, ke pasar raya itu untuk membeli-belah. — Bernama

 

Mahfuz saran peletakan jawatan Ariffahmi disegerakan Disember 8, 2009

Difailkan di bawah: 1 — cikgunurionline @ 9:58 am
Tags:

Mahfuz saran peletakan jawatan Ariffahmi disegerakan

PDF | Print | E-mail
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyarankan agar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman disegerakan bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap kerajaan negeri dan menghentikan kontroversi yang melanda.

Mahfuz berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku penasihat kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) boleh memanggil lembaga penasihat untuk mendapatkan nasihat berhubung keperluan disegerakan peletakan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai EKsekutif PMBK.

“Saya menyarankan supaya menteri besar selaku penasihat kepada PMBK boleh membuat satu pertimbangan.Pertama sekali Ariffahmi perlu menyerahkan surat kepada Menteri Besar dan Menteri Besar selaku penasihat PMBK boleh memanggil lembaga penasihat untuk meminta nasihat kepada beliau tentang keperluan ke atas pelepasan jawatan Ariffahmi,” katanya ketika ditemui di parlimen semalam.

Mahfuz juga berkata, beliau menyambut baik keputusan Ariffahmi untuk meletakkan jawatannya namun beliau berpandangan peletakan jawatan itu tidak harus mengambil masa yang lama bagi menjaga etika korporat.

“Saya ucap terima kasih kepada Ariffahmi yang sanggup lepaskan jawatan namun ia tidak harus mengambil masa yang lama memandangkan PMBK merupakan satu entiti berorientasikan korporat.
Oleh itu etika korporatnya perlu dijaga,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar Ariffahmi diberikan dua pilihan samaada menerima sebulan gaji dan terus berhenti atau memberikan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan tetapi diarahkan bercuti.

“Walaupun saya menghormati Ariffahmi yang memberikan notis pelepasan jawatan tiga bulan itu, Menteri Besar juga mempunyai kuasa untuk memberikan pilihan gantian iaitu sebulan gaji dan terus berhenti,”
Ini ujarnya bagi mengelakkan sebarang implikasi kepada perbadanan dalam pebagai perkara.

“Adalah wajar notis tiga bulan pelepasan jawatan itu disertai degan cuti.Menteri Besar boleh mendapatkan nasihat daripada lembaga penasihat untuk memberikan nasihat supaya tiga bulan ini Ariffahmi diberikan gaji tetapi tidak boleh diberikan apa-apa peranan dan harus disegerakan peletakan jawatan ,”ujarnya lagi.

Minggu lalu, Ariffahmi yang merupakan menantu kepada Nik Aziz mengumumkan akan meninggalkan perbadanan pada Mac tahun hadapan.

Sebelum itu, Nik Aziz meminta beliau meletakkan jawatan selepas mendapat nasihat daripada pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Tulisan ini di petik dari www.harakahdaily.net

 

ROYALTI ATAU EHSAN ? Disember 7, 2009

Difailkan di bawah: PELBAGAI, SEMASA — cikgunurionline @ 2:12 am
Tags: , , , , , , ,

Salam perjuangan….

Hari ini saya berpeluang membaca tulisan YBM Tengku Razaleigh Hamzah berhubung dengan keperluan mematuhi perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri yang mengeluarkan minyak.  Menurut beliau lagi Kerajaan Persekutuan tiada hak untuk campurtangan dalam mengabaikan kepatuhan PETRONAS terhadap perjanjian yang di buat menurut AKTA Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut seksyen 4 akta 1975.  Perlanggaran tersebut boleh mengakibatkan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani akan terbatal serta akan menimbulkan rasa gelisah kepada semua negeri yang telah menandatangi kontrak perjanjian tersebut kerana tiada jaminan yang kekal negeri tersebut akan terus mendapat royalti pada masa yang akan datang.  Apa yang penting lagi menurut Ku Li ialah bagaimana PETRONAS sendiri atau amnya Kerajaan Persekutuan akan mendapat kepercayaan pelabur luar dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara kerana perbuatan melanggar perjanjian adalah sesuatu yang besar impaknya terhadap keyakinan pelabur untuk melabur di sesebuah negara.

Saya mengucapkan syabas kepada Ku Li kerana berani mengeluarkan kenyataan yang benar dan mungkin pahit bagi beliau. Namun demi perjuangan dan hak rakyat, saya kira Ku Li sanggup di lihat menentang arus pemimpin UMNO-BN.  Inilah yang dikatakan darah pahlawan yang mengalir di dalam tubuh anak raja yang berjiwa rakyat.  Pepatah Melayu ada menyebut “Berani Kerana Benar, Takut kerana Salah”.

Setakat ni pengumuman dari YAB PM bahawa kerajaan bersetuju memberikan wang ehsan amat mengecewakan rakyat negeri Kelantan.  Penubuhan GEGAR ( Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat) adalah tepat pada masanya dan diharapkan dapat menyedarkan semua pihak dalam isu royalti atau ehsan. GEGAR melibatkan gabungan 50 NGO dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu akan menjadi wadah perjuangan menuntut royalti bagi Kelantan dan juga Terengganu.

Jika UMNO-BN mengatakan mereka berdisiplin,adil,Islam,Melayu dan pemimpin kepada negara Malaysia maka pemberian royalti sebagaimana perjanjian adalah buktinya kerana :-

1.  Menunaikan perjanjian adalah perkara yang serius bagi Islam dan juga orang Melayu. Mengingkarinya bermakna ingkar kepada ajaran Islam dan juga bertentangan dengan adat dan susila orang Melayu.  Apakah semangat Islam dan Melayu di dalam jati diri pemimpin UMNO sudah hilang atau terhakis dengan materialistik dan keegoan.  Atau pun UMNO sudah dihinggapi penyakit hilang rasa dan buta mata hati ??? Apa yang lebih utama ialah dosa melanggar perjanjian adalah penyesalan di padang mahsyar nanti..apakah seluruh rakyat Kelantan bersedia memaafkan pemimpin UMNO yang telah menzalimi dan menafikan hak mereka nanti  ?

2.  Dimanakah hak negeri Kelantan dalam perlembagaan Malaysia 1963 ? Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen maka UMNO harus menghormati kehendak dan pilihan rakyat bukannya bersifat mendera rakyat yang telah menolak mereka dalam mana-mana PRU.

3.  Negeri Kelantan terdiri dari 95% orang Melayu dan Islam.  Selaras dengan Perjuangan UMNO adalah untuk menolong orang Melayu dan Islam maka Negeri Kelantanlah tempat yang terbaik bagi UMNO untuk membuktikan apa yang diperjuangkan selama ini… jika tidak perjuangan UMNO hanya layak dimuziumkan sahaja kerana cakap tidak serupa bikin…

4.  Jika perjuangan UMNO untuk membangunkan ekonomi orang Melayu maka inilah waktu yang terbaik untuk UMNO membuktikannya kerana apabila Kelantan memperolehi wang royalti maka lebih banyak pembangunan dan projek bagi menaik taraf orang Melayu di Kelantan boleh di buat.  Wang Ehsan sebaliknya akan mengulangi kesilapan dan memperbanyakkan lagi ketirisan wang sebagaimana rakyat mengetahuinya sebelum ini.

5.  Ehsan sepatutnya diberikan oleh negeri pengeluar bukannya negara penerima yang memberikan ehsan di atas hasil minyak negeri pengeluar. Inilah akibatnya apabila  dunia yang sudah terbalik…