KERAJAAN BERKONSEPKAN “KELUARGA MALAYSIA”

Tinggalkan komen

Assalamulaiakum wrt. wbt.

Kembali lagi menulis setelah sekian lama meninggalkan alam blogger. Alam siber kini pantas berubah sehingga Facebook, Twitter, instagram menjadi medium utama untuk berkongsi pendapat berbanding blog. Namun saya gagahi juga untuk menulis pandangan personal saya mengenai isu-isu semasa negara yang berlaku….

Bermula 2018 hingga 2021 telah 3 kali Perdana Menteri Malaysia bertukar dari PM7(PH), PM8(PN) dan terkini PM9(PBN).

Kali ini PM9 DSIS mengetengahkan konsep Keluarga Malaysia sebagai trademark dan nampaknya mendapat reaksi yang positif dari semua masyarakat termasuk Pembangkang.

Kabinet yang diumumkan sebahagian besarnya muka-muka lama yang terbukti berprestasi tinggi untuk memacu Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan oleh PM8 TSMY. Hanya segelintir muka baharu yang berkelayakan untuk mengisi tempat dan telah diperkenankan oleh YDPA.

Apa yang positifnya dari krisis kepimpinan negara dalam sebulan dua ini ialah 3 parti melayu Islam yang terbesar iaitu PAS, UMNO, BERSATU telah dapat bersemuka dan berbincang untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dan terbuku di dalam dada.

Semoga muafakat yang terbentuk ini akan kekal dan berterusan khususnya untuk berhadapan dengan PRU15 dan kembali menawan Putrajaya dengan majoriti yang lebih besar tetapi masih saling bergantung di antara satu sama lain. ibarat kata Yang Berat Sama di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing.

Pada pandangan saya secara peribadi ialah tempoh 100 hari pertama untuk menilai keberkesanan dan kualiti setiap kementerian berserta Menteri dan Timbalan Menteri yang di lantik adalah tempoh yang munasabah. Jika gagal maka sepatutnya rombakan kabinet dilakukan dan jika berjaya maka boleh diteruskan.

Tiga fokus utama kerajaan sementara ini ialah Kesihatan, Ekonomi, Keselamatan Rakyat selain kestabilan politik negara. Masa yang terhad ini hendaklah dimanafaat semaksima mungkin sebagai persediaan menghadapi PRU15.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Kerajaan yang baharu di bentuk ini mampu bertahan sehingga kesihatan rakyat akibat pandemik Covid19 mencapai herd immunity 80% dan lebih banyak sektor ekonomi dapat di buka.

Tinggalkan komen

Assalamualaikum wrt wbt

Politik tanahair kembali bergolak. Pengumuman Tun Dr Mahathir mengenai pencalonan Datuk Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah sebagai PM 9 menggemparkan negara. Setelah PH yang dilihat mencalonkan DSAI sebagai PM9.  Pertembungan calon PM9 mengesahkan bahawa PH semakin tidak relevan untuk kembali memerintah Malaysia.

Angan2 DSAI untuk menjadi PM yang seterusnya dilihat semakin tipis. Pergolakan ini melemahkan kedudukan pembangkang. Rakyat melihat bagaimana kesatuan pembangkang yang goyah ini mampu mentadbir Malaysia. Kesan ini cukup besar apatah lagi rekod PH selama 22 bulan yang amat teruk berbanding reputasi PN selama 2 bulan.

Saya bersetuju dengan cadangan untuk mengembalikan mandat rakyat melalui PRU15 dipercepatkan. Apa yang kita harapkan supaya keputusan PRU15 nanti akan melahirkan kerajaan Malaysia di bawah Perikatan Nasional yang lebih stabil dan kukuh.

Kerajaan yang stabil dan kukuh ini amat penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mentadbir Malaysia dengan lebih berkesan.

MALAYSIA SEJAHTERA BERSAMA ISLAM.

Sekian. terima kasih.

 

CNY

DARI MUFTI KE KABINET

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Alhamdulillah segala2 yg tersimpul telah terungkai dengan pengumuman senarai penuh kabinet PN 2020. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada semua pemimpin utk menjalankan tugas masing2 dengan penuh tekun, amanah dan bertanggungjawab.

Mufti sertai barisan Kabinet baharu.

Mufti sertai barisan Kabinet baharu.

Kabinet Malaysia 2

Tinggalkan komen

Salam perjuangan…..

Hari ini PM telah mengadap Agong untuk menyerahkan senarai nama kabinet PN. Sekiranya diperkenankan maka PM TSMY akan mengumumkan pada pukul 5 petang hari ini senarai nama tersebut.

Pelbagai spekulasi nama-nama mereka yang disenaraikan turut mencuri perhatian semua pihak. Tun Mahathir juga turut memberi cadangan supaya YB Dato Seri TG Haji Abdul Hadi Awang dilantik sebagai TPM atas dasar kelayakan beliau.

Saya sebagai ahli PAS amat menyokong perlantikan Presiden PAS sebagai TPM jika sekiranya beliau yang dicalonkan.

Semoga Allah mengurniakan rakyat Malaysia dengan sebaik-baik pemimpin untuk memastikan Agama, bangsa dan negara sejahtera bersama Islam.

KABINET MALAYSIA

Tinggalkan komen

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PANDANGAN PAS TERHADAP PEMBENTUKAN KABINET

  1. Saya menghargai jemputan YAB Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.
  2. Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.
  3. Saya turut menyarankan supaya dilibatkan kalangan profesional untuk membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat, serta diwujudkan fungsi Hisbah (ombudsmen) dalam pentadbiran.
  4. Saya menegaskan PAS menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan YAB Perdana Menteri untuk membentuk Jemaah Menteri dalam masa terdekat ini, tanpa sebarang syarat dan permintaan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 9 Rajab 1441 / 4 Mac 2020

SEJARAH TERCIPTA..

Tinggalkan komen

Salam perjuangan….

Selepas 30 tahun, Kelantan bukan lagi negeri pembangkang. Tahniah rakyat Kelantan – Nik Abduh

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/02/kelantan-bukan-lagi-negeri-pembangkang.html

Facebook: facebook.com/cinca.news
Telegram: https://t.me/cincanews

*SD baru selepas perkenan Agong sukar diterima 29 Februari 2020 | 9:47pm KUALA LUMPUR: Sebarang dokumen sokongan akuan bersumpah (SD) yang dikeluarkan selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membuat keputusan tidak boleh mengubah keputusan asal baginda. Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dalam perkiraan ini, baginda sudah mengambil masa yang sesuai untuk membuat keputusan. “SD baharu tidak boleh memansuhkan keputusan Tuanku. Sekiranya mereka tidak puas hati buat undi tak percaya selepas parlimen bersidang,” katanya ketika dihubungi BH. Beliau ditanya mengenai keputusan PH malam ini yang mendakwa mereka sudah berjaya memperoleh SD daripada 114 Ahli Parlimen menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri. Dalam kenyataan dikeluarkan Istana Negara pada jam 4.29 petang tadi, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dipetik sebagai berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok. Ditanya sama ada baginda masih ada ruang untuk mempertimbang SD 114 Ahli Parlimen yang menyokong Dr Mahathir sebelum majlis angkat sumpah esok, Shamrahayu berkata, ia terserah kepada budi bicara baginda. “Tapi (dalam keadaan ini) Tuanku sudah putuskan. Terserah kepada Tuanku (untuk menentukan keputusan lain),” katanya. Sumber dari : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/02/660730/sd-baru-selepas-perkenan-agong-sukar-diterima

Tinggalkan komen

Selamat Bersidang Majlis Raja2.

Tinggalkan komen

Assalamualaikum wrt. Salam Perjuangan…

Petang ini Majlis Raja2 akan bersidang. Semoga berjalan lancar dan menatijahkan keputusan yg terbaik buat negara dan rakyat.

Semoga persidangan berjalan lancar!

MalaysiaSejahtera

IslamMemimpinPerpaduan

MuafakatNasional

TolakDAP #BubarParlimen #KerajaanTanpaDAP

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3342465322436855&id=220590201291065

PAS Kekal Pendirian Bubar Parlimen

Tinggalkan komen

Laporan berita ini tidak benar sama sekali. PAS & UMNO kekal dengan cadangan untuk parlimen dibubarkan.

Sebarang kenyataan rasmi PAS hanya daripada Presiden dan Setiausaha Agung secara bertulis.

Setiausaha Agung PAS

Kembalikan kepada Rakyat Tentukan Kepimpinan Negara

Tinggalkan komen

Older Entries