23 – 25 OGOS 2007

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kbg. Kerian telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dengan jayanya. Rombongan berkenaan disertai seramai 72 orang belia daripada Dun Demit, Pasir Tumbuh & Salor dengan menaiki 2 buah bas.

Lawatan berkenaan merupakan program 2 dalam 1, kerana di samping lawatan kerja ke Pejabat Agung PAS, peserta juga di bawa melawat ke kawasan ‘hitam & panas’ di sekitar bandaraya seperti Bukit Bintang, Lorong Hj. Taib & Lorong Chow Kit yang subur dengan pusat hiburan, disko dan seumpamanya.

Ianya bertujuan mendedahkan realiti sebenar sekiranya UMNO memerintah, kerana dasar mereka ialah menggalakkan hiburan. Disamping supaya terbit rasa keinsafan kepada peserta supaya bermati-matian mempertahankan Kerajaan Islam dan memastikan Islam terus tegak di Kelantan agar tempat sedemikian tidak wujud sama sekali di Bumi Serambi Mekah.

Advertisements