Baru-baru ini, terdengar keluhan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa terlalu kurang rakyat yang mengibarkan bendera walaupun negara di ambang menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan.
Kita sebagai rakyat Malaysia sebenar bukan tidak mahu mengibarkan bendera kebangaan kita ini, tetapi oleh kerana terlalu banyak isu yang menghimpit rakyat menyebabkan semangat rakyat semakin luntur.

Bayangkan apa yang hendak dibanggakan oleh rakyat kalau harga barang melambung tinggi, harga minyak semakin naik, rakyat diugut dan dizalimi dengan pelbagai akta seperti ISA, OSA, AUKU, rumah-rumah rakyat diroboh, surau diruntuhkan, mahasiswa dibelenggu dan seribu satu macam masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat.

Rais sepatutnya sedar akan perkara ini. Tidak perlu menuding jari kepada rakyat kerana tidak mahu mengibarkan bendera.

flag.gif

Advertisements