Mencapai kemenangan

Ianya suatu kerja yang berat tetapi untuk mempertahankan kemenangan adalah kerja yang lebih berat. Kelantan yang dibawah pemerintahan PAS yang membawa dasar MEMBANGUN BERSAMA ISLAM telah mencapai usia remajanya iaitu 17 tahun.  Ibarat seorang gadis remaja yang berusia 17 tahun maka ramai lah jejaka yang akan cuba memikatnya. Begitulah juga hakikatnya kerajaan kelantan pada ketika ini. UMNO dan BN memang sudah lama mengintai peluang untuk merampasnya kembali dari tangan PAS.  Namun usaha itu nampaknya masih gagal lagi setakat ini, peluang yang ada ialah pada pilihanraya umum ke 12 nanti yang dijangka akan berlaku juga pada bulan Nov 2007. 

Ceramah

Baru-baru ini saya telah berceramah di Peti Undi Tok Deh Gual Periok, antaranya :

“Dewan ulama telah mengeluarkan satu resolusi hasil mesyuaratnya iaitu mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan adalah merupakan satu Fardhu Ain kepada setiap orang”

“Setiap petugas parti perlu mempertahankan kubu (peringkat UPU) masing-masing dari ditembusi dari setiap penjuru. InsyaAllah.. apabila setiap petugas tidak leka dan merasa selesa dengan suasana yang ada seperti mana fenomena 2004, yakinlah bahawa PAS akan dapat mempertahankan kemenangan malah dapat menambah bilangan kerusi berbanding 2004”. 

Projek

Sebagaimana kita maklum, kedatangan PM yang agak kerap ke Kelantan dan curahan pelbagai projek berbillion ringgit adalah untuk memaut hati rakyat supaya beralih selera memilih UMNO pada PRU ke 12 nanti.  Slogan baru yang digunapakai oleh UMNO Kelantan untuk menunjukkan betapa serius mereka cuba meracuni pemikiran rakyat supaya mengundi mereka dalam PRU akan datang.

Namun, sebenarnya mereka terlupa bahawa rakyat sedang tercari-cari contoh pemerintahan Islam Hadhari di mana-mana negeri yang telah UMNO dan BN perintah sebelum tawarkan kepada rakyat kelantan yang telah sinonim dengan kerajaan PAS yang ada. Kalau takaful kifalah untuk kebajikan rakyat kelantan yang berumur 60 tahun dan ke atas pun kena tiru skim yang Kelantan buat maka UMNO jangan mendabik dada mereka lah juara kebajikan. Yang sentiasa kita dengar ialah puak-puak UMNO dan BN merompak duit rakyat atas nama pembangunan.  Apa tidaknya semua projek yang mega diberikan kepada syarikat kroni secara runding terus bukannya melalui tender terbuka.

Malapetaka

Apalah yang adalah pada kebisingan yang lapuk mengungkit projek AKSB yang lama selesai atas nama rasuah, maka gegak gempita seluruh alam buana seolah-olah mala petaka yang besar akan menimpa. Apa jadi pula dengan kisah 18 kes berprofil tinggi yang kononnya akan diselesaikan segera.  Mana  institusi yang terlibat pada waktu ini, adakah kecekapan mereka tidak sempurna untuk membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan untuk dinilai oleh rakyat bersesuaian dengan semangat PM semasa mula-mula dilantik dulu.

 

Mohd Nuri Mat Yaacob, 29/08 (6.00pm) 

 dsc00139.jpg

Advertisements