Blog & wordpress politik kini tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kian menggalakkan. Bagi pembangkang di Malaysia, khasnya PAS sendiri, kehadiran blog seolah-olah satu senjata bagi menyerang pihak lawan. Ianya cukup berbisa dan mampu melumpuhkan kalau kena dengan caranya.

Untuk saya pula, telahpun memilih wordpress dan akan menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Blogspot, blogdrive, wordpress dan sebagainya perlulah telah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap peringkat jentera pemuda.

Kehadiran kami yang dipanggil ‘blogger’ janganlah dipandang ringan ataupun sebelah mata. Ia mampu menggugat. Tindakan kerajaan UMNO yang kian menekan blog-blog pro-pembangkang dilihat satu ancaman yang dibuat di atas kuasa kerajaan. Hinggakan mereka telah menggelarkan golongan ini sebagai ‘monyet’, ‘pondan’, ‘goblok’ dan lain-lain lagi.

Kenapa mereka takut???

Kerana kehadiran kami mampu mendedahkan kepada rakyat sipa sebenarnya mereka. Hakikatnya kehadiran blog ini bukanlah mengancam negara tetapi hakikat sebenarnya adalah menggugat BN!.

Namun bagi saya, mereka perlu digugat dan ditelanjangi, kerana dengan adanya golongan ‘bloggers’ ini kepincangan mereka didedahkan dari hari ke hari. Nak harapkan media arus perdana! jauh panggang dari api. Semoga dengan adanya blog ini boleh memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada rakyat Malaysia. Kempen membina blog kepada semua pendokong perjuangan juga amat releven bagi menambahkan koleksi blog yang peka kepada arus perubahan di dalam Malaysia. -https://cikgunurionline.wordpress.com

Advertisements