31 OGOS, KOK LANAS,

Keghairahan Anuar Musa dan konco-konconya untuk mentadbir Kelantan kian terserlah. Tanpa rasa malu dan dengan penuh egonya mereka menunjukkan segala kuasa yang ada. Bayangkan, sambutan kemerdekaan di Kelantan diadakan di dua tempat berasingan. Satunya dianjurkan UMNO di atas nama Majlis Kemajuan Negeri di Dataran Warisan Kada, Kok Lanas, dan satu lagi sebagaimana anjuran kerajaan negeri di Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Sedangkan di negeri-negeri lain, sambutan ambang merdeka hanya dianjurkan kerajaan negeri. Manakala di peringkat persekutuan diadakan di Dataran Merdeka yang menyaksikan banyak bendera Umno dan parti-parti kompenan lain Barisan Nasional dikibarkan.

Saya difahamkan, kira-kira RM1 juta ‘wang rakyat’ dibelanjakan pada program anjuran Umno tersebut. Ianya jelas suatu pembaziran.

Pelbagai acara diadakan termasuk perarakan gajah, kuda, kereta berhias dan persembahan artis. Paling melucukan ialah perarakan BERUK yang juga merupakan pembaharuan yg telah beliau pelopori.


Advertisements