Jumaat, 07 Sept. 2007.

Hari ini PM membentangkan bajet sekali lagi. Ianya dianggap bajet yang pemurah kerana menawarkan pelbagai “habuan” kepada semua golongan rakyat Malaysia, daripada kanak-kanak tadika, kakitangan awam dan ahli perniagaan hinggalah ke pakcik makcik di kampung.

Bagi saya, ianya bersifat bajet pilihanraya bertujuan untuk memancing undi rakyat menjelang pilihanraya umum nanti. Difahamkan, sejumlah RM176.9 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2008, lebih tinggi berbanding peruntukan tahun 2007., disifatkan sebagai antara bajet paling pemurah dengan tumpuan diberi kepada tiga strategi utama – mempertingkatkan daya saing negara, memperkasa pembangunan modal insan dan menjamin kesejahteraan rakyat.

Kenapa saya kata ianya memancing undi rakyat?? KERANA..

  • Pembentangannya hanya seminggu selepas negara menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-50
  • Pemansuhan yuran sekolah & peperiksaan serta skim buku teks diperluaskan
  • Pakaian seragam percuma kpd pelajar miskin. (siapakah yg akan dapat kontraknya nanti..)
  • dan pelbagai lagi….dengan tujuan ‘mengula-gulakan’ rakyat.

Namun, agak mengejutkan juga apabila bonus yang dinantikan saban tahun, tidak diumumkannya kali ini? Apa muslihatnya? Apakah nanti menjelang 2-3 minggu menjelang pilihanraya umum, PakLah akan berkata begini…

” Bagi mengenang jasa pekerja sektor perkhidmatan awam, maka saya dengan ini meluluskan peruntukan segera bagi pembayaran bonus sebanyak 2 bulan gaji.”

Sama-sama kita tunggu.

Nyatanya, mereka kian terdesak & lemas. Hingga mencipta bajet sebegini untuk menghadapi PRU 12. Tujuannya amat jelas sekali iaitu,bagi menutup mulut rakyat setelah pelbagai krisis kepimpinan pemimpin seperti isu rasuah, kroni, penyalah gunaan kuasa, penyelewengan dan sebagainya.

Tentunya nanti sebilangan rakyat akan turut hanyut dalam Bajet yang melalaikan ini.

bajet.jpg

Advertisements