Laporan Ketua Audit Negara yang didedahkan baru-baru ini, amatlah mengejutkan banyak pihak. Penyelewengan dan kelemahan kerajaan kian di bongkar dan di ‘telanjangi’. Paling menarik perhatian adalah, perbelanjaan keterlaluan kerajaan negeri Terengganu sejak 2004, iaitu setelah UMNO mengambilalih negeri berkenaan dari PAS.

Sebuah akhbar perdana negara pernah melaporkan beberapa pembelian yang dilakukan oleh Kementerian Belia dan Sukan di lakukan dengan harga yang sangat luar biasa. Satu set screwdriver 4 batang yang dibeli untuk kegunaan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dilaporkan dibeli pada harga RM224.94 satu set sedangkan harga pasarannya cuma RM40.00 !!!!.

Kenapa ianya berlaku?

Selain itu juga, 17 set buku rujukan teknikal untuk kegunaan institut yang sama pada harga RM10,700 sedangkan harga pasarannya hanyalah RM417.00 sahaja!!. Kita semua percaya..mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Siasatan perlu dilakukan.

Pendedahan ini merupakan satu skandal besar, berat dan memalukan. Ianya perlu disiasat secara telus!!. Mereka perlu buktikan integriti yang dilaung-laungkan itu. Laporan kepada BPR perlu dibuat. Wang kerajaan adalah wang rakyat. Dan ianya diselewengkan begitu sahaja??

n_1tools.jpg n_5book.jpg

Advertisements