Mutakhir ini, kita dikalutkan dengan kenaikan harga barangan. Yang terbaru pula ialah kenaikan harga runcit ayam yang begitu membebankan. Di sesetengah tempat, diberitakan harganya meningkat kepada RM 8.00 daripada harga asal hanya RM 5.70 sekilogram.

Sememangnya, keadaan ini telahpun lama dirancang oleh penternak & pemborong yang mengguna kesempatan musim perayaan untuk mengaut keuntungan lebih tinggi tanpa memikirkan kemampuan pengguna.

Kerajaan, melalui kementerian berkenaan perlulah campur tangan bagi mengawal kenaikan ini yang begitu mendadak sehingga menyusahkan pengguna. Perlu diwujudkan satu penguatkuasaan dan satu mekanisme bagi mengatasinya. Menterinya pula jangan lah hanya pandai bermain kata dengan rakyat. Muncul di televisyen. Berjanji itu dan ini. Menjaja publisiti murahan. Kononnya semua perkara dalam kawalan. Sedangkan rakyat kian tertekan saban hari.

Kenaikan ini juga menunjukkan kementerian terbabit langsung tidak konsisten dalam menangani isu-isu kepenggunaan. Sepatutnya perlu ditetapkan syarat lebih ketat seperti memberi alasan munasabah berhubung sesuatu kenaikan harga bagi barang kawalan walaupun ia masih di paras harga siling. Kita melihat kementerian nampaknya tegas dalam sesetengah hal, tapi tunduk membisu kepada kehendak peniaga sehingga boleh menaikkan harga begitu sahaja tanpa perlu melaporkan kepada kementerian.

Dalam situasi sekarang, yang jelasnya rakyat kian ditekan, belum pun selesai isu yang lain, kini timbul pula isu kenaikan harga ayam. Dan seperti mana biasa, mereka akan muncul di media massa. Menjadi hero dengan mengulas dan menjamin itu ini. Seolah-olah tahu kesemuanya.

Tetapi, rakyat kian cerdik dalam menilai sesuatu !!

Advertisements