Saya tertarik dengan ‘entry’ di Harakah Daily pagi ini yang ditulis oleh Azamin Amin, dibawah tajuk : PERBANDINGAN: KERAJAAN PAS KELANTAN VS BN NEGERI LAIN.

Penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat saban hari dilaporkan. Jumlahnya bukan sedikit, malah melibatkan berbillion malah jutaan ringgit yang dilakukan oleh kerajaan BN. Sehubungan itu, rakyat disaran untuk membuat perbandingan dengan kerajaan PAS di Kelantan yang telah memerintah selama hampir 17 tahun.

Rakyat yang miskin kian di tindas, termasuk golongan setinggan, menghimpit atau menganaktirikan kaum lain dalam isu-isu tertentu, pemborosan dan pembaziran wang rakyat demi pemimpin dan projek tertentu seperti terkandung dalam Laporan Audit negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri Kelantan, yang ditadbir oleh kepimpinan.

Antara perbandingan dan asas untuk melihat kewibawaan PAS berbanding BN :

  1. Dihapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Hari Raya sebanyak RM 30,000 & Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000.
  2. Potongan elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun
  3. Potongan bonus/elaun Menteri Besar sebanyak 45 % yang dibahagikan 40 % kepada parti dan 5 % kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.
  4. Memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari manakala hari bekerja hanya 5 hari seminggu.
  5. Sungguhpun kecil namun, Tuan guru MB turut mengarahkan supaya air mineral yang dibeli digantikan dengan air masak untuk dihidangkan sewaktu mesyuarat di pejabat Kerajaan Negeri bagi langkah berjimat cermat.
  6. Amalan pemberian cenderamata kepada beliau serta Exco Kerajaan Negeri semasa lawatan rasmi atau tidak rasmi mahupun sewaktu perasmian majlis tertentu dihapuskan.
  7. Pelan Takaful Kifaalah (Warga Emas) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan telah memberi faedah dan manfaat kepada semua rakyat negeri itu tanpa mengira bangsa, agama dengan pegangangan parti politik.

Berikut adalah antara senarai lain Program Pembangunan dan Kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan:

  1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.
  2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.
  3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat
  4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
  5. Pegawai memberi tazkirah.
  6. Melaksanakan projek Desa Takwa.
  7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.
  8. Menggalakan orang bukan Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS
  9. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat.

Seperti kata-kata iklan di kaca Tv…mengapa? Tak percaya ya? Maka lebih baik hadir, lihat dan dapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kesimpulan yang salah tentang PAS muktakhir ini.

Advertisements