Al-Kisahnya, memanda PM kita yang terlalu kerap ke Kelantan. Dikabarkan orang, memanda PM kita akan datang lagi ke Kelantan pada bulan Oktober semasa rakyat Malaysia menyambut hari raya 1428h. Diberitakan beliau akan mengumumkan projek koridor pantai timur pulak. Mungkin juga, akan datang lagi pada bulan November untuk mengisytiharkan Pilihanraya Umum ke 12.

Apapun yang menjadi fokus ialah mengapa PM kerap datang ? Banyak persoalan yang timbul antaranya ialah :-

  1. Adakah PM tiada kerja lain, selain dari berjalan-jalan ke seluruh negara dan luar negara walau di saat-saat rakyat semakin terasa bahang derita kesan kenaikan harga barangan. Terakhir ialah kenaikan harga ayam dan ura-ura kenaikan harga gas. Atau, adakah PM sedang mengintai-intai peluang ekonomi & projek di Kelantan untuk dihadiahkan kepada jutawan segera anaknda tercinta ?
  2. Adakah PM tidak percaya kepada pimpinan UMNO BN Kelantan sehingga hampir setiap bulan datang dan meninjau sendiri perkembangan di Kelantan, mengatur strategi dan menentukan calon pilihannya menjelang PRU 12 nanti?
  3. Adakah PM sedang berusaha menambahkan saham populariti dirinya supaya lebih atau setidak-tidaknya setanding dengan populariti mantan PM yang lepas ? Setelah usaha melonjakkan imejnya melalui pelancaran projek mega baru seperti WPI, NCER, di kritik hebat oleh mantan PM sendiri.
  4. Adakah PM bermimpi di siang hari? Mengharapkan rakyat Kelantan dapat dibeli dengan janji pelaksanaan projek jutaan ringgit tetapi tidak diketahui tarikh tepat pelaksanaan. Hanya dikabarkan peruntukkan RMK 9 yang tamat tempohnya pada 2010. Itu pun kalau PM lagi… selepas ini.

Apabila terkenangkan pengumuman dan janji manis yang ditaburkan, semakin sebaknya dada merasakan begitu senang rakyat digula-gulakan. Mengharapkan bilakah akan berlaku reformasi dan kebangkitan seterusnya. Rakyat perlu bangkit menuntuk hak di negara yang berdaulat ini.

Apa guna menyambut kemerdekaan ke 50 tahun sedangkan kita terus diperbodoh-bodohkan oleh pemimpin negara yang KORUP, RASUAH, SALAH GUNA KUASA, SALAH URUS DANA NEGARA DAN MENZALIMI RAKYAT !!!

INGAT !! UNDI ADALAH BUKTI KEDAULATAN RAKYAT

PILIHLAH PEMIMPIN YANG BETUL, KE ARAH KERAJAAN BERKEBAJIKAN

TOLAK PEMIMPIN YANG SALAH, KERAJAAN YANG SERING MENZALIMI RAKYAT

kelsejahtera1.jpg

Advertisements