KUALA LUMPUR 18 Sept.

Pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Pelajaran semasa Majlis Multaqa Guru SABK Peringkat Kebangsaan bahawa 68 buah sekolah agama di Kelantan dalam proses memohon dan perundingan untuk mendaftar sebagai Sekolah Bantuan Agama Kerajaan (SBAK). Kenyataan itu di lihat bercanggah dengan pendirian kerajaan Negeri Kelantan iaitu Pendaftaran tersebut mestilah bersyarat. Namun syarat yang ditentukan oleh pihak kerajaan Negeri masih belum ada kata putusnya. Oleh itu, sepatutnya tidak timbul soal permohonan kerana perkara asas antara kedua-dua kerajaan belum dipersetujui bersama. Menteri Pelajaran di lihat cuba mensensasikan pengumuman tersebut.

Hairan sungguh, kerajaan pusat begitu beriya-iya meminta supaya SAR dan SAN di Kelantan didaftarkan. Apakah muslihat di sebalik tindakan tersebut masih menjadi tanda Tanya semua pihak ??? Kalau betul UMNO hendak membantu sekolah agama, mengapa perlu kepada prosedur yang menyusahkan untuk mengagihkan bantuan. Bukankah sebelum ini sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Kerajaan sepatutnya memberi bantuan per kapita kepada semua sekolah agama yang ada di Malaysia sebagaimana kerajaan memberikan bantuan per kapita kepada sekolah cina dan tamil. Tindakan menyekat bantuan per kapita adalah tindakan membelakangkan undang-undang Negara malah lebih teruk dari perbuatan membakar bendera. Lebih-lebih lagi di zaman Pak Lah dengan tegasnya mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam Hadhari.

Ini satu lagi lakonan UMNO yang kononnya ditubuhkan untuk membela agama. Setelah 50 tahun merdeka sekolah agama semakin di tutup bukannya semakin berkembang. Orang yang meninggalkan agama (murtad) semakin bertambah dan tidak ada usaha yang konkrit oleh pemimpin Negara untuk membendung gejala murtad ini. Difahamkan bermula kes murtad dulu sehingga kes murtad yang dibicarakan sekarang bahawa tidak ada satu pun undang-undang murtad diwartakan oleh mana-mana kerajaan negeri di mana-mana mahkamah syariah kecuali Negeri Kelantan tetapi dibatalkan oleh mantan PM dulu. Lebih malang lagi setelah 50 tahun merdeka, Para pendakwah di halang berdakwah dan rakyat Malaysia di sekat dari menghidupkan majlis Ilmu di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Selain tiada kebebasan melakukan sunat terawih mengikut kemampuan masing-masing. Tindakan yang jelas primitif dan tidak sesuai dengan suasana semasa. Merdeka kah rakyat jika sumber ilmu di sekat, kebebasan bersuara di halang, media yang berat sebelah di tambah lagi dengan pakej pemimpin yang korup, rasuah dan salah guna kuasa

Advertisements