Salam takziah untuk keluarga Nurin.

Hari ini, kita semua pilu. Langit yang redup dan mendung bagaikan menangisi pengebumian adik Nurin Jazlin Jazimin,
gadis sunti yang menjadi mangsa jenayah kejam, dirogol dan bunuh, adalah satu tragedi paling menyayat hati setiap manusia. Pilu dan aib atas tragedi itu bukan sekadar dialami oleh ibu bapa dan keluarga mangsa, malahan kita semua.
Ianya diratapi oleh setiap orang melepasi garis sempadan bangsa dan agama.

Secara spontannya, Kita semua mahukan pihak penjenayah dihukum lebih berat. Hukuman yang ada sudah cukup berat. Sebat dan dipenjarakan. Tetapi..kenapa tidak di laksanakan hukum hudud. Mungkinkah ertinya..kita lebih pandai & bijak dari Allah. Kenapa??….Kerana kita mencipta hukum kita sendiri

Nampaknya negara kita sudah tidak selamat sebagaimana yg diwar-warkan.Tidak seperti zaman dahulu, mak ayah begitu yakin membiarkan anak-anaknya bermain sepuas-puasnya tanpa rasa bimbang. Tetapi hari ini, jangan di sangka pasar malam atau kedai runcit di depan rumah tempat yang selamat dan membiarkan mereka pergi dengan sendiri. Saya mengajak para ibu ayah jangan abaikan tanggungjawab ini, kerana kelak sesal tiada gunanya.

Sejujurnya, saya begitu kecewa dan marah dengan kes menyayat hati ini dan meminta dengan bersungguh supaya kerajaan khususnya pihak berkuasa benar-benar serius serta mengambil langkah drastik walaupun dilihat agresif namun demi keselamatan awam dapat dilindungi.

Kejadian ini seolah-olah mengulangi semula kes adik Nurul Huda Abd Ghani yang turut meninggal dunia selepas dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB, Gelang Patah, Johor Bharu. Setelah tragedi berlaku, pelbagai resolusi, cadangan, pertemuan, seminar dan pelbagai aktiviti cuba dilaksanakan oleh pihak-pihak tertentu antaranya melibatkan pihak berkuasa dan masyarakat. Malah ramai pula yang tampil jadi hero, mencari publisiti murahan berlagak sebagai hero kononnya sebagai penyelamat dan pencegah keadaan.

Dunia kini sudah tidak selamat lagi. Apabila hukum tuhan kian dipinggirkan.

Kejadian malang ini bukanlah yang terbaru. Usahalah agar kembali ke jalan sebenar. Pemimpin negara perlu bertindak. Sejak kebelakangan ini kadar jenayah negara semakin meningkat. Kejadian samun, rompak, ragut, rogol, culik dan sebagainya dilaporkan setiap hari oleh media massa. Yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat biasa, malah bekas Ketua Polis Negara!

Di saat negara diulit projek pembinaan modal insan dan sejuta kemewahan. Pastinya yang menjadi mangsa kritikan masyarakat adalah pasukan polis. Sejauh manakah keupayaan polis untuk memerangi jenayah jika kekurangan anggota sering menjadi alasan kepada gagalnya usaha membendung jenayah?

Mereka perlu peka dengan keadaan ini, janganlah hanya menjadi barua pemimpin negara.

Nurin Jazlin Jazimin…semoga kau damai disana. Al Fatihah……Aamin

Mohd Nuri Mat Yaacob, Ketua Dewan Pemuda PAS Kbg Kerian

nurin.jpg