Hadhari International City??

Akhbar semalam melaporkan sebuah bandar raya Islam bertaraf antarabangsa (seakan-akan menyaingi Kota Bharu Bandaraya Islam) akan dibina di Sungai Behrang, Tanjong Malim dekat sini.

Pengerusi Eksekutif T.J Harmoni Sdn. Bhd., Datuk Othman Hassan (gambar) berkata, jika diluluskan projek itu dijangka siap dalam tempoh 10 tahun. Projek itu apabila siap akan mewujudkan komponen wilayah-wilayah seperti Arab, Asia, Afrika, Eropah dan antarabangsa.

Khabarnya lagi, ianya merangkumi pusat hadhari antarabangsa, (apakah itu?) pusat bandar, pusat kecemerlangan modal insan dengan institusi latihan dan pendidikan, perumahan terancang, perniagaan, rekreasi, kemudahan infrastruktur dan utiliti.Cukup menggelikan hati!

Berita selanjutnya disini.. Utusan Malaysia

Hebat juga Pak Lah dengan planningnya. Apa pandangan anda semua, adakah ini projek gula gula pilihanraya?? Atau adakah sememangnya dia seorang yang berpandangan jauh serta berwawasan?. Kenapa diletakkan nama hadhari? Alamatnya, 400 tahun lagi, bertebaranlah ahlul sunnah wal hadhari di Malaysia ini.

SELOKA HADHARI

Hadhari, hadhari, ianya muncul lagi,

terbaru kini, bandar hadhari, Tanjung Malim bakal jadi saksi

Hadhari, hadhari

Kenapa tak buat dekat Terengganu bestari, tempat Ayah Pin bina ada BEKAS lagi

malah cerek besar sedia menanti..

Hadhari, hadhari, Projek megalion yang cukup hebat ini..

pembiayaan pula entah dari mana duitnya didapati..Sedang rakyat kian merempat & hampir mati.

Ayuh..bangkitlah rakyat basmikan kezaliman ini !!

Advertisements