Sebagaimana diketahui umum, PM telah menunda lagi tarikh kedatangan ke Kelantan dari 19 hb Oktober kepada 30 hb Oktober. Mengapa di tunda? Hanya beliau saja yang mengetahuinya dan saya kira itu adalah soal peribadi beliau.

Rakyat Malaysia yang baru menyambut 50 tahun merdeka tetapi masih terkongkong dalam sebuah sistem yang menjelekkan. Di saat berbangga dengan umur kemerdekaan, pada masa yang sama diibaratkan orang “menang sorak, kampung tergadai”. Terbelenggu dengan pelbagai sekatan dan kebebasan yang menjadi mercu tanda tahap tamadun dan nilai kemerdekaan seseorang rakyat.

Salah satu ciri negara yang merdeka ialah tarikh pilihanraya umum diisytiharkan lebih awal oleh parti yang memerintah. Sebagaimana negara maju yang lain malah jiran terdekat Thailand, yang jelasnya tidak mengamalkan Islam Hadhari sekalipun tahu menghargai ketelusan dan kebebasan rakyatnya untuk menentukan pemilihan.

Mengapa atau susahkah untuk meniru perkara yang telah menjadi amalan hampir seluruh negara di dunia ini?. Kenapa? tidak beranikah UMNO? Pembangkanglah yang terpaksa berhempas pulas & pening kepala kerana terpaksa membuat ramalan tarikh PRU yang sesuai diadakan bagi menaikkan semangat juang ahlinya untuk mempertingkatkan persiapan menghadapi PRU. Begitulah nasib pembangkang dan rakyat yang merdeka di Negara yang ditadbir oleh UMNO yang separa merdeka.

Berikut merupakan ramalan yang dibuat sekali lagi oleh “nujum pak belalang” yang tidak bertauliah. 🙂

“Parlimen akan dibubarkan selepas Hari Raya Aidilfitri.!! Tarikh kedatangan beliau 30 oktober nanti ialah dalam eddah kempen PRU 12. Tarikh pegundian akan di buat sebelum 5 Nov iaitu sebelum peperiksaan SPM atau sebelum 15 Nov iaitu sebelum kumpulan pertama Jemaah Haji berangkat ke tanah suci.”

Oleh itu, bersiap sedia lah wahai pejuang-pejuang agama Allah, bangun dan pertahankan bumi Kelantan yang tercinta ini dari segala serangan ganas dan di luar batas undang-undang yang akan dilancarkan oleh “kumpulan ahzab moden“.

Demikianlah ramalan yang mampu dibuat. Kenapa, tak percaya? 🙂

Advertisements