JKR 10, Kota Bharu, 22 Sept. 07

Majlis penyampaian sumbangan elaun kepada guru PASTI telah diadakan di JKR 10, Kota Bharu. Sejumlah 550 orang guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan telah hadir dan ianya juga merupakan acara rutin yang seringkali diadakan sebelum ini dengan tujuan yang sama. Sumbangan elaun ini juga merupakan satu penghargaan & pengiktirafan dari kerajaan negeri terhadap mereka, yang bertugas tanpa mengenal penat dan lelah dalam mentarbiah anak-anak PASTI di samping turut menjadi mata dan telinga kepada parti yang berperanan menyampaikan segala maklumat kepada masyarakat.

Selaku Setiausaha PASTI Negeri Kelantan, saya turut hadir dan telah menyampaikan amanat antara lainnya ialah, seruan kepada mereka agar turut sama berjuang bersama pimpinan, mengembeling tenaga serta bekerja kuat bersama parti bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan yang saban hari di tekan oleh pihak musuh. Seterusnya, percaya atau tidak, mereka juga adalah merupakan aset masyarakat, hal ini dibuktikan dalam proses pentarbiahan anak-anak PASTI mengenal asas agama dan akademik seawal 4 tahun lagi, sekiranya mereka ini tiada tentunya masyarakat sulit untuk mencari alternatif lain selain PASTI.

Sebagai ingatan & amaran juga, saya utarakan dakwaan sekiranya kerajaan ini jatuh, maka elaun kepada guru PASTI juga tidak dapat diagihkan lagi, ini kerana pihak musuh cukup tidak senang dengan perkembangan islam di negeri ini, khasnya melalui PASTI. Maka, mereka sedaya upaya akan menekan PASTI agar ianya ditutup. Untuk itu, kerja kuat perlulah bermula daripada sekarang agar kerajaan ini dapat di pertahankan.

Seterusnya, sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustazah Rafizah yang mengupas mengenai amalan-amalan sunat di bulan ramadhan dan penyampaian sumbangan elaun yang disampaikan oleh YB Pengarah PASTI Negeri. Sementara beliau pula dalam ucapan perasmian, meminta para guru agar komited dengan tugasan disamping berganding bahu dengan muslimat, baik di peringkat cawangan mahupun kawasan dalam urusan parti. Rakaman penghargaan juga kepada kerajaan negeri yang bermurah hati menyalurkan sejumlah peruntukan melalui PASTI negeri untuk pembayaran elaun kepada guru-guru PASTI.

jkr-10-2.jpg

jkr-10.jpg

Advertisements