Adakah anda???

  1. Tidak tahan dengan perangai anak-anak anda di rumah?
  2. Tidak tahan apabila anak menjadi beban yang berat bagi anda?
  3. Pasti yang anak anda menjadi ahli kumpulan rempit durjana?
  4. Kecewa kerana anak gadis anda jadi bohsia yang sedang mengidap sifilis dan HIV?

Maka, kalau jawapan anda ialah ‘Ya’ bagi kesemua soalan ini, janganlah risau. Kerajaan Barisan Nasional yang kita semua cintai dapat membantu anda. Bagaimana caranya?? Hantarlah anak anda ke Pusat Latihan Khidmat Negara. Kami jamin anak-anak anda tidak akan pulang lagi. Sekiranya mereka tetap pulang, kami jamin keadaan fizikal dan mental mereka tidak akan sama. Ini bermakna, mereka layak dihantar ke institusi-institusi bagi mereka yang cacat dan sekali gus masalah anda sudah selesai.

Kami sangat bangga bahawa prestasi pusat-pusat ini semakin meningkat tahun demi tahun. Kalau pada mulanya dengan hanya segelintir saja yang maut, kini kami bangga mengumumkan yang angka ini sudah meningkat dengan ketara. Sementara di kem-kem, kami menyediakan kemudahan-kemudahan sebagaimana berikut.

  • Pusat pembiakan nyamuk aedes
  • Kolam-kolam perangkap yang menjaminkan maut.
  • Jurulatih-jurulatih bekas tahanan pusat rogol negara
  • Tukang-tukang masak yang pakar dalam ilmu keracunan makanan
  • Akitiviti-aktiviti ‘gang fight’ (pergaduhan kumpulan & kaum) yang menarik

Sudahkah anak anda didaftarkan? Tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang. Dalam tempoh promosi ini kami menyediakan pakej pengebumian yang berjenama secara percuma kepada 1000 pendaftar yang pertama. Cepat selagi stok masih ada. 😀

plkn-2.jpg

plkn.jpg

 

Advertisements