nuar.jpg

Secara jujurnya, saya cukup meluat apabila membaca berita mengenai kenyataan Anuar Musa dalam akhbar Utusan Malaysia semalam.

Soalnya siapa yang mahu beretorik.?

Dalam kenyataannya, beliau menuduh yang mana PAS cuba mencipta fitnah sensasi dan menafikan sama sekali pihaknya berusaha membawa masuk 40,000 warga Myanmar untuk didaftarkan sebagai sebagai pengundi di negeri ini. Sedangkan perkara yang sebenar adalah sebaliknya.

Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang!!. Kemalangan yang melibatkan warga Myanmar di Kedah tersebut adalah merupakan sesuatu yang pelik.

Dikatakan pelik kerana berdasarkan fakta sebagaimana berikut :

  • Kenapa bas sekolah digunakan untuk mengangkut pendatang haram Myanmar bukannya trak polis?
  • Kenapa perlu di bawa ke Kelantan untuk dihantar pulang melalui sempadan Thailand sedangkan melalui Bukit Kayu Hitam pastinya lebih dekat.
  • Kenapa mahu dihantar melalui Narathiwat dan Pattani sedangkan kedua-dua wilayah tersebut tidak aman?
  • Adakah terdapat sebarang depot tahanan di Rantau Panjang seperti dilaporkan oleh akhbar?

Percaya atau tidak…Annuar tentu tahu jawapannya. Saya rasa kita kena berhati-hati dalam hal ini demi mempertahankan pemerintahan islam di Kelantan.

Advertisements