Salam penghujung ramadhan…

Saya tersenyum melihat gelagat salah seorang perwakilan Parti Gerakan semasa sidang perbahasan dalam mesyuarat agungnya.

Perwakilan berkenaan telah menggamatkan dewan apabila beliau membawa keluar dua belah keris dan menghunus-hunus keris itu sambil berkata:

” Saya membawa keris ini bukan bertujuan mahu berlawan atau mencabar sesiapa. Saya minta sekiranya Hishamuddin dilain kali, menghunuskan kerisnya, jeritlah slogan untuk perpaduan rakyat Malaysia.”

Bagi saya tindakan beliau itu adalah untuk menempelak aksi Hishamuddin yang menghunus keris sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda Umno suatu masa dahulu. Aksi itu sangat tidak disenangi oleh masyarakat Cina malah semasa Persidangan Tahunan Pemuda MCA sebelum ini, seluruh pimpinan pemuda MCA diketuai Ketuanya telah mengangkat keluar Perlembagaan Negara. Kata Ketuanya ketika itu, kami di MCA jika bermasalah akan merujuk kepada buku ini

kerissiapalagipower.jpg

Ketua Pemuda UMNO, disindir oleh perwakilan Gerakan.

Masyarakat Cina melihat aksi seumpama ini sebagai bukti bahawa Pemuda Umno sanggup menggunakan kekerasan bagi mencapai matlamatnya. Bermakna kedua-dua parti komponan BN yang mewakili kaum Cina, jelas menunjukkan sikap mereka, tidak senang dengan aksi Ketua Pemuda Umno itu.

 

Setelah 50 tahun Merdeka, rupa-rupanya hubungan antara sesama komponan BN masih belum kukuh dan penuh dengan syak-wasangka. Mereka mungkin hanya berlakon menjelang pilihanraya. Ini mungkin isyarat terbaik bahwa sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia mebawa perubahan besar dengan menggantikan parti-parti yang sebegini rupa dari terus memerintah mereka dengan parti-parti lain yang lebih meyakinkan.

Advertisements