Salam Penghujung Ramadhan..

Cuaca politik tanahair mendung lagi. Kali ini mendungnya tercetus di dalam mesyuarat agung Parti Gerakan yang berlangsung semalam.

Saya perhatikan, cadangan Ketua Pemuda Gerakan menggabungkan parti komponen Barisan Nasional menjadi sebuah parti tunggal yakni Parti BN adalah retorik terbaru dan kuno menjelang pilihanraya umum nanti. Ianya dilihat seolah-olah satu perancangan untuk memenangi undi masyarakat Cina agar kembali berpihak kepada BN setelah rata-rata dikalangan mereka berpihak kepada Barisan Alternatif dalam PRU yang lepas.

Dalam keadaan politik dan ekonomi negara terus dalam kegawatan dan menuju kehancuran, retorik sedemikian di lihat agak penting dan menjadi senjata utama, supaya rakyat terpengaruh dan semakin terlena.

Sebelum ini juga, Pemuda MCA turut menyerang Pemuda UMNO ekoran kelantangan mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa Melayu tulen, yang dilihat tidak lebih sekadar sandiwara demi mendapatkan sokongan masyarakat melayu dengan membakar sentimen perkauman dengan masyarakat cina yang juga merupakan anak jati Malaysia. Apakah relevan perpaduan nasional di dalam BN di saat mereka masih lagi teguh dengan politik perkauman sesama parti komponen?

Sikap prejudis antara satu sama lain terlalu ketara antara sesama mereka.

Mereka perlu sedar dan membuka mata bahawa sekiranya ingin kukuh berdiri, janganlah menjaja sentimen agama dan perkauman demi mendapatkan sokongan rakyat. Pemuda Gerakan juga menyatakan kerisauan mereka dalam amalan pembaziran negara sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 dan jenayah rasuah di kalangan polis adalah sesuatu yang pelik dan menjengkelkan. Seolah-olah mereka ingin menikam UMNO dari belakang!

Advertisements