Ketika tangan ini sedang leka menaip, jam di tangan telahpun menunjukkan pukul 12.05 tengahari. Suasana pagi pada hari ini agak berbeza dari yang lain. Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai mengingatkan kita kepada ciri-ciri pagi yang mana malam tersebut berlakunya Lailatul Qadar. Alhamdulillah, terdetik di hati rasa syukur tak terhingga, sekiranya kita semua dikurniakan untuk bertemunya. Tetapi berapa ramaikah insan yang bangun ditengah malam untuk mengabdikan diri beribadat kepada Allah ?

bannernew2.jpg

Betulkah kita ini berada di negara Islam?. Kalaulah betul negara kita mengamalkan prinsip Islam, sepatutnya media massa arus perdana memainkan peranan yang cukup aktif untuk menghidupkan malam di akhir ramadhan. Namun malang sekali, bagi negara yang mempunyai pemimpin yang hanya mengamalkan ‘Islam tampalan’ yang lebih mengutamakan hiburan yang melampau, melambangkan kesukaan menyambut hari raya lebih dari hal yang sepatutnya. Lagu raya, kuih raya, baju raya, cerita-cerita raya, artis raya, dan pelbagai raya lagi yang diputarkan atau ditayangkan saban saat dan ketika.

Suasana ini tentunya akan melalaikan rakyat untuk memperbanyakkan ibadat di sepuluh malam yang terakhir kerana minda masing-masing dipenuhi dengan fokus raya.

Seharusnya media massa arus perdana memainkan peranan yang cukup aktif dan kreatif dalam menyampaikan mesej kepada rakyat supaya menghidupkan malam-malam akhir ramadhan.

Seperkara lagi yang menjadi adat ialah amalan pada malam hari raya. Malam tersebut seolah-olah dunia ini ‘kita yang punya’, ini terbukti apabila melihat gelagat sebahagian dari kita yang bersuka ria secara berlebih-lebihan seolah-olah kita sudah bebas dari kongkongan ramadhan.

Seumpama banduan yg bebas dari penjara.

Islam menganjurkan agar malam hari raya sepatutnya diisi dengan beribadat dan bertasbih kepada Allah, bukannya semata-mata berhibur atau menonton TV 24 jam. Ini adalah kerana sambutan hari raya aidil Fitri ialah salah satu perayaan keagamaan dan bukannya sekadar bersuka ria sahaja!.

Advertisements