Salam penghujung Ramadhan..

Secara jujurnya, saya melihat ianya seolah-olah satu rancangan realiti tv. Kita tidak perlu berjoget di atas pentas, tidak perlu melahirkan album, tidak perlu merentas lautan dan badai, tidak perlu berlapar dan dahaga. Tidak perlu kesejukan di Kutub Utara. Hanya yang diperlukan ialah sokongan dari pelbagai pihak, pendedahan yang meluas dari media. Itu sahaja. Program ini bagaikan membuta & melekakan rakyat, tentang punahnya sistem keadilan, kerajaan yg korup, salah guna kuasa pemimpin.

Mungkin ada antara kita sanggup tinggalkan solat terawikh semalam. Kenapa? Tidak lain tidak bukan, hanya kerana mahu menonton siaran langsung pelancaran kapal angkasa dari Kazakhstan yang turut membawa angkasawan negara yang pertama ke angkasa lepas. Bangga. Ya, kita bangga!

Pastinya yang lebih bangga ialah PM dan TPM. Mereka berhak bangga kerana itulah kesempatan terbaik buat mereka.

angkasa-lepas1-ok.jpg

Pada saya, buat apa kita perlu berbangga dengan hanya menghantar seorang SPACEFLIGHT PARTICIPANT (pelancong angkasa) dan bukannya ASTRONOUT (angkasawan) yang sebenar?. Berapakah kos yang sebenar untuk projek mega ini?. Isu ANGKASAWAN Malaysia sekadar seorang SPACEFLIGHT PARTICIPANT berbangkit apabila pada 23 Julai lalu melalui agensi angkasa Amerika atau NASA melalui kenyataan rasminya.

Tak mengapalah samada ASTRONOUT atau SPACEFLIGHT PARTICIPANT, janjinya Malaysia Boleh.

Khabarnya, program ini menelan belanja USD 25 juta!. Walaubagaimanapun, difahamkan negara tidak perlu keluarkan sebarang belanja oleh kerana hasil budi baik pihak Rusia sebagai membalas jasa kita yang sanggup membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi Su-30 MKM dari Rusia.

SIASAT..kita mesti siasat

Advertisements