Salam syahdu di malam raya..

Entah kenapa & mengapa secara tiba-tiba saya terkenangkan adik Nurin. Kalaulah dia masih ada, tentunya di malam ini sibuk bermain mercun dengan kawan-kawan ataupun sibuk menggayakan baju baru!

Mulanya kita bersyukur, polis bertindak pantas. Penahanan 4 orang lelaki dan seorang wanita yang dikatakan berkaitan dengan siasatan ke atas kes pembunuhan tersebut. Maka ramailah yang lega, akhirnya tertangkap juga BINATANG YG CELAKA itu.

Namun, kenapa tiba-tiba pula mereka dibebaskan? Kerana pihak polis tiada bukti? PELIK KAN? Lalu polis menangkap pula seorang wanita Indonesia yang dikatakan menjaga Nurin sepanjang beliau diculik. Sekali lagi kita lega, maki hamun pula kita lemparkan kepada wanita Indon itu.

Namun, saat kita leka dengan program angka-sawan (sengaja dieja begini) tiba-tiba kita digemparkan dengan berita yang wanita Indon itu pun dibebaskan oleh polis kerana tidak cukup bukti. Ada yang mengatakan wanita itu sengaja mereka-reka cerita, sedangkan beliau tidak pernah berada bersama Nurin. PELIK KAN?
Kini pula pihak polis mengarahkan kita menumpukan perhatian kepada dua gambar lakaran yang turut dikatakan suspek dalam kes ini. Dan mungkin pula selepas ini pihak polis mengatakan gambar berkenaan tersilap pula. Nampaknya kita kian keliru dan banyak membuat kerja yang sia-sia dan tidak terarah. Sememangnya, menjejak si binatang tersebut bukanlah perkara mudah, tetapi pihak polis perlulah lebih profesional dan tidak dilihat macam berada dalam situasi terdesak.

Terbaru pula, orang-ramai marah-marah pula bagaimana gambar Allahyarham termasuk semasa dibedah siasat boleh diedarkan melalui email sedangkan lepas satu-satu suspek dibebaskan dan pihak FBI pula hari ini mendedahkan gambar yang diambil dari CCTV ketika mayat dijumpai.

suspek.JPG

 Hairan, hairan. Sedangkan dalam kes Tragedi Batu Burok, polis dilihat begitu cekap. Tak sampai 2 hari berpuluh suspek didedahkan di akhbar. Lengkap dengan siasatan menyeluruh. LAGI LAA PELIK KAN ?

Advertisements