Assalamualaikum..

Tak habis-habis cerita pasal angka-sawan!!

Kali ini kian hangat lagi, semuanya gara-gara sebuah akhbar Australia yang menyifatkan Malaysia bukannya sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas. Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia (UMNO) sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

Ianya disebarkan secara meluas dalam internet selepas angka-sawan Malaysia dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini. Menurutnya lagi, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia. Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak untuk membina KLCC sedangkan kita iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

“Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya”.

“Walaupun duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), namun, kerja-kerja kejuruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan sedangkan rakyat tak tahu.

untitled.jpg

“Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield,” tulis Backman dalam tulisannya.

Ada tanggapan, bahawa Malaysia (a.k.a UMNO) semakin menunjukkan kebodohannya apabila membelanjakan wang sebanyak itu semata-mata untuk membuat ujikaji ‘bodoh’ di angkasa lepas yang telah pun dibuat oleh angsawan lain sebelumnnya. Antara ujikaji yang disifatkan boleh mentertawakan negara luar ialah putaran gasing, putaran yoyo, catuan strawberry, campuran minyak dan air serta kelajuan bola berbilang saiz.“Cuba kita bayangkan. Selain ianya dilakukan sekali lagi tentunya menjadi bahan tawa negara maju betapa Malaysia sudah ketinggalan di dalam ilmu angkasa sehingga yoyo dan gasing pun menjadi perkara pelik untuk dibuat ujikaji,” kata blog tersebut

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

“Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

22.jpg

Advertisements