Assalamualaikum dan salam Syawal.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah diberi kesempatan oleh Allah swt untuk kembali menulis setelah bercuti menyambut lebaran.

spr.jpgPada ‘entry’ kali ini, saya akan fokuskan kepada berita penyelewengan yang telah dilalukan dalam PRU yang telah didedahkan oleh SPR dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran 18 Oktober baru-baru ini. Ekoran tindakan sesetengah Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.

Pemindahan nama pemilih baru atau sedia ada, penukaran alamat mengundi dan sebagainya dilakukan dengan terperinci oleh pegawai berkenaan dengan menurunkan tandatangan palsu pada borang pendaftaran dan SPR pula meluluskannya tanpa banyak soal. Tindakan sedemikian bukan saja tidak jujur, malah kecaman terhadap SPR akan terus meningkat. Bahkan ianya lebih kepada usaha untuk menjamin kesinambungan kuasa BN di tanahair.

Pada saya, isu berkenaan hanya ‘RETORIK’ sahaja dan sengaja diciptakan bagi membuktikan seolah-olah SPR ialah sebuah badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Jikalaulah benar SPR sebuah badan bebas, maka, mereka perlulah jujur dan tampil bagi menjawab dengan jelas beberapa isu-isu yang timbul sejak dulu lagi, antaranya ialah :

  • Kenapa nama pemilih yang meninggal dunia tidak dikeluarkan daripada senarai pemilih?
  • Mengapa masih wujud pemilih yang tidak bermastautin di alamat tempat didaftarkan.

  • Logikkah wujud terlalu ramai pemilih didaftarkan dalam satu rumah atau alamat?

  • Kenapa terdapat pemilih hanya mempunyai alamat umum tetapi tiada nombor rumah?

  • Masih ada lagi kesilapan butiran peribadi dalam daftar pemilih?

JAWAB JANGAN TAK JAWAB!!

Advertisements