KEPENTINGAN MEMILIH PEMIMPIN

Kalau kita mengkaji sejarah Nabi SAW tatkala baginda wafat, para sahabat lebih mengutamakan soal menentukan siapakah khalifah yang seterusnya dari menguruskan jenazah Baginda SAW. Satu sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi SAW selepas wafat ialah sebuah pemerintahan Islam.

Namun sekarang pemerintahan islam kian tiada, maka menjadi kewajiban ke atas setiap umat Islam untuk mengembalikan sistem pemerintahan Islam di muka bumi. Jesteru itu, segala usaha yang berkaitan untuk menegakkan pemerintahan itu adalah di kira suruhan agama. Sesiapa yang melaksanakan suruhan itu akan mendapat pahala dan sesiapa yang menentang suruhan itu akan mendapat dosa.

ISLAM & PILIHANRAYA

Bagaimanakah caranya untuk mengembalikan pemerintahan Islam?. Di negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi telah menggunakan pendekatan mengundi untuk menentukan corak pemerintahan negara samada kita mengundi untuk melaksanakan pemerintahan Islam atau pun kita mengundi untuk sebaliknya. Jesteru itu, tanggungjawab dan amanah mengundi cukup penting di sisi agama kita kerana ianya akan menentukan samada sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi SAW akan dapat diwujudkan atau pun tidak. Dua kesudahan dari aktiviti mengundi iaitu, kita mendapat pahala dan keredhaan Allah sekiranya menyokong parti yang mendokong perjuangan islam ataupun kita akan dapat dosa dan musibah sekiranya memilih parti yang anti-islam bagi mentadbir negara.

Mengapa pula ada dosa dan pahala dalam aktiviti mengundi?.

Kerana mengundi adalah aktiviti yang berkait dengan perkara agama dan sunnah Nabi SAW. Bagi memastikan kelangsungan pemerintahan islam di negara berdemokrasi ini, maka perlulah dan WAJIB bagi kita mengundi sebuah parti yang cenderung kepada Islam. Ianya bererti tak mungkin ditinggalkan dan bukan bersifat pilihan dan main-main. Mesti diundi, mesti didokong dengan terpaksa dan dengan sesungguh-sungguhnya.

BERHATI-HATILAH

Akhir sekali, seruan saya kepada semua agar berhati-hatilah semasa menunaikan tanggungjawab mengundi kerana ianya bakal menentukan masa depan negara. Pilihlah pemerintahan islam yang menjanjikan kesaksamaan serta keadilan dalam pentadbiran. Manakala, dalam aspek agama pula, jiwa kian merasa tenang kerana undi anda menyumbang kepada pembentukan sebuah kerajaan islam, disamping mendapat keberkatan dalam hidup dari Allah SWT.

Semaklah nama di dalam senarai daftar pemilih untuk memastikan anda ada kelayakan untuk mengundi. Ingat aktiviti mengundi bukan perkara suka-suka ataupun main-main. Pastikan semua anak Kelantan samada di dalam negeri atau pun luar negeri akan balik menunaikan tanggungjawab nanti. Apa yang lebih penting ialah untuk mengekalkan kerajaan kepimpinan ulama selaras dengan kehendak agama Islam yang kita cintai

kelsejahtera1.jpg

Advertisements