Salam Keberkatan Syawal..

Alhamdulillah, saya menerima banyak maklumbalas & komen yang membina akhir-akhir ini. Sedikit sebanyak ianya kian membakar semangat saya untuk terus ‘muncul’ di alam siber yang tiada batasan ini. Terima kasih semua!

SI DIA DATANG LAGI..

Alkisahnya, kita semua maklum bahawa PM akan bertandang lagi ke Kelantan pada 29 Oktober 2007 jam 2.30 petang ini, di Padang Kompleks Sekolah-sekolah, Wakaf Mek Zainab. Kedatangannya kali ini adalah untuk memukul ‘gendang baru beriramakan’ projek terbaru BN di Kelantan iaitu Pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER : East Coast Economic Region). Projek berskala mega ini di terajui oleh syarikat gergasi minyak negara, Petronas. Tujuannya ialah untuk menjadikan wilayah pantai timur sebagai hub perdagangan utama yang melibatkan 3 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

KEJUTAN & MIMPI

Apa yang menarik perhatian ialah kunjungan PM kali ini lebih bermaruah kerana melalui pintu utama, yakni dengan menyantuni tuan rumah. Dimaklumkan bahawa YAB Tuan Guru MB juga di jemput hadir dan akan turut sama berucap. Jemputan rakyat juga menyeluruh iaitu terdiri dari 1000 orang rakyat bagi setiap jajahan, 1000 orang ahli UMNO, 1000 orang ahli PAS, 1000 guru YIK, 1000 orang guru kementerian serta seluruh pegawai dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.

Syukur, mungkin ‘si dia’ sudah sedar, insaf dan mengambil iktibar dari kisah pahit semasa pelancaran projek Jambatan Kedua Sultan Yahya yang dilihat tidak beradab, penuh egois dan lebih teruk lagi ‘masuk ikut jendela’ : tanpa mempedulikan tuan rumah. Hasilnya, majlis tersebut tiada sambutan dari rakyat jelata dan banyak kerusi yang kosong.

Awas..bagi saya, pendekatan ini di lihat sebagai satu strategi politik BN yang terbaru untuk meredakan kemarahan rakyat seterusnya menarik pengundi Kelantan supaya menyokong mereka menjelang pilihanraya umum ke 12 yang diwar-warkan tidak lama lagi.

bajet.jpg

Walau apa pun, sekalung penghargaan kepada kerajaan pusat. Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS namun pembangunan tidak dipinggirkan. Sebagaimana kata Tuan Guru, “buat apa sokong BN, kerana semasa PAS memerintah pun, Pusat bagi pembangunan kepada Kelantan, jadi, teruskanlah sokong PAS..agar BN boleh terus membangunkan Kelantan” 🙂 .

Kepada rakyat Kelantan harus berfikir DUA KALI dan membuat keputusan yang terbaik bagi masa depan. Janganlah mudah di GULA-GULAKAN. Apa perlu kita menukar kerajaan sekarang kerana kita mempunyai 2 kerajaan yang menjaga kebajikan kita serta semua rakyat menerima banyak faedah dari kedua-dua kerajaan yang ada. Jangan jadi seperti rakyat terengganu semasa ada dua kerajaan dulu rakyat di tatang bagaikan minyak yang penuh tetapi selepas rakyat menukar kerajaan 2004 baru-baru ini rakyat ibarat melukut di tepi gantang. Menyesal dahulu ada gunanya tetapi menyesal kemudian kena tunggu 5 tahun baru boleh bertindak.

‘Berjuang, terus berjuang’

Advertisements