Assalamualaikum..

Akhbar Utusan Malaysia semalam, dengan ghairahnya melaporkan yang mana Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan mengumumkan satu pelan lengkap berhubung ‘Kelantan Baru’ kepada rakyat di negeri ini pada hujung bulan ini. Melalui pengerusinya, Dato’ Annuar Musa berkata, pelan tersebut dirangka bagi memastikan rakyat di negeri ini tidak terpinggir daripada arus pembangunan berbanding negeri-negeri lain bermula tahun depan. Beliau turut menegaskan bahawa, Kelantan berpotensi besar untuk menjadi sebuah negeri yang membangun sekiranya ditadbir dan diurus dengan baik oleh kerajaan.

Nampaknya ‘dia’ mencipta retorik lagi, setelah beberapa musim namanya ‘tenggelam’, baik di Majlis Perlancaran ECER baru-baru ini mahupun majlis-majlis lain. Seperti kita sedia maklum, majlis itu kurang disenangi oleh beliau & UMNO Kelantan kerana mereka tidak mendapat ‘political mileage’. Mereka cukup kecewa kerana majlis itu memberi markah politik percuma kepada PAS Kelantan. Yang nampak menyerlah hari itu ialah Tok Guru sahaja 🙂

Kesian kat dia 🙂 Mungkin untuk menghiburkan duka, dipukulnya ‘gendang’ lain pula. Gendang dan irama indah ‘Pelan Kelantan Baru’ (entah2 pelan itu tak wujud pun) dengan tujuan untuk ‘memabuk’ rakyat pula. Seeloknya, dia perlu laksanakan model pembangunan ‘Pelan Baru’ tersebut di negeri-negeri yang UMNO perintah. Perlis Baru, Kedah baru, Selangor Baru, laksanakan dengan bersunggguh, barulah kembali fokus kepada Kelantan. Ini tidak, semuanya penuh dengan muslihat! Sedangkan kes salah lakunya dengan dana PPRT semasa menjawat jawatan menteri pun belum selesai.

SEMUA HANYALAH RETORIK MURAHAN SEMATA-MATA!!

nuar.jpg

 

Advertisements