Assalamualaikum..

Syukur, kesempatan hadir lagi untuk kembali mencoret sepatah bicara di alam siber ini. Kali ini, saya tidak mahu berbicara tentang BERSIH yang berjaya, hebat dan ‘panas’ itu, tapi akan mencoretkan sesuatu tentang SPR, pihanraya dan kebangkitan rakyat.

SANDIWARA SPR

Seperti yang kita maklum, Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid telah mengumumkan bahawa beliau mengetahui tarikh PRU ke 12 yang akan datang nanti. Persoalannya, benarkah dia  tahu, dan kenapa masih mahu merahsiakan dari kita semua? Adakah menunggu arahan dari PM? Mungkin ada muslihat ‘agung’ di sebaliknya dengan tidak mendedahkan tarikh tersebut kepada sesiapa pun.

Walau apa pun, yang pastinya, SPR akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberikan taklimat kepada semua pengurus dan penolong pengurus serta pemantau kempen PRU 12 yang di jangka tamat pada 29 Januari 2008. Sedarlah, semua sandiwara SPR tersebut memberikan mesej yang jelas kepada bahawa : kita sepatutnya membuat persiapan yang cukup serta bersiap siaga dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tarikh keramat tersebut.  Samada kita sebagai rakyat biasa mahupun para petugas parti.

normal_pr2004.jpg

MANDAT

Kita akan memberikan mandat sekali lagi dan menentukan kerajaan mana yang memerintah. Adakah kita mahu mengekalkan kerajaan yang sedia ada, ataupun memberikan ‘kuasa’ kepada kerajaan yang baru untuk memerintah negara tercinta. Sedar tak sedar, rakyat telah memberikan mandat kepada BN memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dan seorang rakyat yang cerdik boleh melihat dengan jelasnya hasil daripada pemerintahan tersebut. Memang negara kita membangun, maju ke hadapan namun, kita kian menderita dan terseksa dengan pelbagai masalah semasa ekoran ketidakjujuran, kepentingan sesama kroni di kalangan pemerintah dalam mentadbir negara.

TIDAK MUSTAHIL

Katakan apa saja,  barang naik, minyak naik, rasuah kehakiman, jenayah kejam, kroni dan juga khazanah negara yang banyak tetapi hanya mampu di sebut oleh rakyat tanpa dinikmati sepenuhnya. Sesungguhnya, tidak mustahil, kalau peluang di berikan lagi kepada mereka memerintah 50 tahun lagi, nescaya rakyat akan menjadi pelarian di negara sendiri!!

BANGKIT LAH RAKYAT

Bangkitlah rakyat, berilah peluang kepada PAS dan BA pula untuk memerintah Malaysia hanya untuk sepenggal sahaja. Biarlah dibuktikan sesuatu. Jika sekiranya tidak menepati dengan kehendak rakyat, maka PRU ke 13 nanti kembalikan semula kepada UMNO dan BN.

Sekian, salam perjuangan !!!

Advertisements