Kalut seketika…

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, yang menghebahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong kesal atas dakwaan kononnya baginda memperkenankan dan menyokong perhimpunan BERSIH 10 November lalu.

Siapakah Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan?? Untuk makluman rakyat sekelian. Dia adalah seorang ahli UMNO yang berdaftar!! Hal ini memperkuatkan hujjah bahawa UMNO kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan apa saja termasuk mendesak ahlinya yang kini menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk memburukkan perhimpunan aman yang disertai oleh 100,000 rakyat.

Nama : Wan Mohd Safiain Wan Hasan

 No. I/C : 461214-03-5359

Cawangan : Taman Desa Minang, Bahagian Gombak.

2000593584396784275_rs.jpg

Justeru itu, rakyat hari ini mempertikaikan kenyataan yang dkeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara tersebut, suara sapakah yang dibawanya? Yang Di Pertuan Agong sendirikah atau parti yang menaungnya iaitu UMNO?

Pihak istana dari awal telah bersetuju untuk menerima memoranda Bersih dan telah mengutuskan wakilnya untuk menerima memorandum tersebut pada 10 November 2007 lalu. Ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DYMM Agong tidak menolak penerimaan memorandum Bersih itu.

Dengan melantik ahli-ahli UMNO sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Hakim Mahkamah Persekutuan jelas menampakkan Kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi lansung tidak mempunyai maruah dan etika sehingga sanggup melacurkan institusi raja dan kehakiman untuk kepentingan partinya.

Justeru itu, pendedahan perlu dilakukan dan hal-hal sebegini perlu diberikan noktahnya kerana UMNO telah lama memperalatkan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Pilihanraya, Peguam Negara, insitusi kehakiman dan kini institusi raja juga cuba dilacurkan untuk kepentingannya sehingga mewujudkan keadaan “padang yang tiak seimbang” di dalam pilihanraya.

Advertisements