khatan-demit.jpg

27 Nov. 07, Binjai, Kubang Kerian

Majlis Khatan Perdana 2007 Peringkat DUN Demit telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini. Program kebajikan dan kesihatan secara percuma tersebut seringkali diadakan saban tahun menjelang cuti semester akhir persekolahan. Secara tidak langsung, ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk menunaikan kewajiban agama disamping pra syarat untuk menjadi seorang lelaki muslim yang sejati.

Program berkenaan telah saya rasmikan mengantikan ADUN Demit, YB Ust. Dato’ Mohamad Bin Daud Al-Iraqi yang tidak dapat hadir kerana terlibat dalam Sidang DUN Kelanta. Sedikit sebanyak nasihat & motivasi telah diberikan kepada peserta di samping memberikan kesedaran tentang kepentingan berkhatan dalam agama disamping memenuhi tuntutan ajaran Islam yang syumul.

Kali ini ianya diadakan di SMU (Arab) Al Yunusiah, Banggu, Binjai yang membabitkan seramai 150 orang peserta dari seluruh kampung dalam DUN Demit. Syukur, ianya mendapat sambutan hangat dari seluruh rakyat yang rata-ratanya melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan aktiviti seperti ini saban tahun. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

khatan3.jpg

 

Advertisements