“Assalamualaikum, syukur kesempatan untuk menulis tiba lagi..jam hampir 3 pagi, mata pula kian terasa berat, namun masih belum mahu lena. Fikiran melayang jauh, mencari topik dan isu terkini untuk tatapan semua. Akhirnya, kisah tok guru & projek depu menarik perhatian”

Koridor depu. Ianya turut menjadi perhatian semasa sidang DUN Kelantan baru-baru ini dan dibahaskan dengan panjang lebar. Sememangnya, Kerajaan PAS Kelantan berhasrat menjadikan gaharu sebagai alternatif baru kepada pembangunan ekonomi rakyatnya dan ianya sedang menuju realiti. Ini berikutan sambutan rakyat sendiri khususnya yang telah menanam pokok-pokok tersebut dalam dusun masing-masing. Sistem pajakan dan share yang diperkenal dan diguna pakai, mendapat sambutan hangat. Apatah lagi permintaan kepada produk gaharu cukup tinggi khususnya daripada negara timur tengah.

Hasil baru ini yang di jangka akan menghasilkan pulangan yang lumayan bergantung kepada saiz dan kualitinya. Harganya diantara RM 12 sehingga RM 60,000.00 sekilogram. Projek ini diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan usahasama dengan 2 syarikat serta telah dirasmikan sendiri baru-baru ini oleh KDYMM Raja Perempuan Kelantan di Sekolah Men. Ugama (Arab) Darul Saadah, Beta Hulu, Kota Bharu.

koridor-depu.jpg

Firman Allah yang bermaksud “Apabila penduduk sesuatu kaum itu beriman kepada Allah, nescaya akan dibukakan kepada mereka rezeki yang berkat samada dari atas langit ataupun dari perut bumi”. Alhamdulillah, selama 17 tahun Kerajaan Kelantan meletakkan dasar pemerintahan berlandaskan “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”. Walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan, namun ianya masih bertahan.

Katakan apa saja tohmahan : Kelantan akan bankrap, memerintah 3 bulan sahaja, ulama yang tidak pandai memerintah, dan apa sahaja. Nah, sekarang semua bagaikan tidak percaya bahawa pemerintahan ini sudahpun usia 18 tahun, ibarat anak gadis yang digilai ramai. Inilah KEBERKATAN yang tidak boleh di lihat dan disentuh, tetapi hanya boleh dirasai oleh mereka yang faham sahaja. Walaupun dengan sumber kewangan yang terhad, namun pelbagai program kebajikan kepada pelbagai lapisan masyarakat tidak dilupakan. Kerajaan rela mengikat perut demi menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyat jelata. Masakan tidak, Menteri Besar manakah yang mengambil hanya 50% sahaja dari jumlah gaji bulanannya? melainkan Tok Guru! Menteri Besar manakah yang tidak pernah mengambil elaun hariraya sebanyak RM 30,000.00 setahun? melainkan tok guru?

Oleh itu, tidak ada sebab bagi rakyat Kelantan untuk menukar Kerajaan selepas PRU 12 nanti. Kerajaan tok guru telah terbukti sebuah kerajaan yang betul-betul cakno kepada rakyat!!

InsyaAllah kembali lagi…..

Advertisement