Assalamualaikum…

RABU, 28 NOV

Melangkah turun dari rumah seawal 9.30 pagi untuk menghadiri mesyuarat penuh Majlis Daerah Ketereh. Kemudian, bergegas pula ke Kota Darul Naim untuk majlis ramah mesra Jawatankuasa Harian DPPNK bersama dengan YB EXCO Pendidikan, YB Nik Mohd Amar. Sangkaannya majlis tersebut mengambil masa yang singkat namun ternyata ianya berlangsung selama dua jam. Jam 2 petang, ke Ibu Pejabat Polis Kelantan (IPK) untuk turut serta bersama rombongan DPPNK yang membuat report polis terhadap kebiadapan ADUN Paloh, YB Nozula yang bertindak menendang ADUN Kelaboran, YB Mohd Zaki semasa sidang DUN Kelantan.

PALOH

Insiden yang memalukan itu, sebenarnya dapat dielakkan sekiranya kesemua ADUN memahami peraturan persidangan dan tatasusila semasa berada dalam dewan. Natijahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK), hari ini membuat laporan polis terhadap YB Norzula Mat Diah (ADUN Paloh) kerana menyerang dan mengugut Adun Kelaboran), yang juga Ketua Pemuda DPPNK. Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketua Pemuda DPPNK, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang turut kesal diatas tindakan Adun berkenaan kerana bertindak mengikut emosi dan tidak mematuhi peraturan dewan.

laporpolisadun.gif

POLIS

Tindakan berkenaan secara tidak langsung juga telah mencemarkan nama baik Dewan Undang Negeri Kelantan dan menzahirkan sikap sebenar wakil rakyat UMNO yang bodoh sombong. Pihak Polis pula diminta agar membuat tindakan sesegera yang mungkin di atas laporan yang dibuat.

Wallahu’alam

Advertisements