Assalamualaikum & salam perjuangan..

HADIAH

Tatkala resah melanda diri, ingin sekali kita cari sebuah damai yang abadi. Tapi, tentunya bukan di negara asing asing, lebih-lebih lagi di kala rakyat kian hidup dalam sengsara. Kita tentunya mahu harta, tapi bukannya bertimbun-timbun, apatah lagi untuk hidup kaya dan juga bukannya wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya.

Mungkin itu kita, tapi bukannya golongan pemerintah negara yang sebahagiannya berikhtiar siang malam untuk kaya walau terpaksa ‘membunuh’ hak rakyat. Mungkin juga, sebilangan mereka berhujah yang negara kita telah merdeka, bebas untuk meneroka dan kita berhak senang.

Ya, betul! tapi kenapa rakyat kian sengsara? Setelah negara menyambut kemerdekaan kali ke 50, sepatutnya rakyat jadi lebih senang dan bahagia, namun keadaan menjadi sebaliknya. Percayalah, kalau amalan kronisme dan rasuah terus beraja dalam UMNO yang memerintah Malaysia, nescaya rakyat semakin melarat, susah dan tak mustahil papa kedana! Perhatikan saja kini peratus kaum bumiputera semakin kurang, begitu juga dengan tanah rizab melayu, gejala murtad semakin bertambah, gejala sosial semakin parah, dadah, cukai yang membebankan, kenaikan tol, eletrik, minyak, kenaikan harga barang dan pelbagai lagi yang tentunya memeningkan. Usahlah pening, kerana semua kesusahan dan penderitaan itu, kita yang menentukan. Kenapa demikian? Kerana kita masih memilih mereka untuk berkuasa! itu saja jawapannya. Sedarlah, rakyat adalah atas pilihan rakyat sendiri.

Menjelang tahun 2008 adalah tidak mustahil beberapa pengumuman yang membebankan rakyat. Tapi, sudah tentunya media arus perdana akan memainkan isu ini dengan bijaknya. Seolah-olah kita redha dengan itu semua. Kita akan terus leka dan leka lagi dengan AF, Muzik-Muzik, Drama dan pelbagai ‘gula-gula’ lagi. Kenaikan harga barangan dan kadar tarif perkhidmatan tahun depan ibarat hadiah kepada rakyat. Sekarang pun, media sudah diumumkan kenaikan harga tol di beberapa lokasi tanahair dan di jangka akan diumumkan lagi ialah kenaikan harga letrik. Tahniah, tahniah

Dan….kita terus terlena…..dan terlena…

 

normal_pr2004.jpg

STRATEGI

Baru-baru ini, selepas solat Isyak di masjid, saya bertemu rakan lama ‘orang dalam’ yang bekerja di Gua Musang dan sempat berbual tentang isu-isu terkini. Pelbagai perkara yang dibincangkan namun yang menarik perhatian saya ialah mengenai pengundi hantu dalam PRU 12 nanti. Menurut beliau, maklumat dari pegawai SPR bahawa PRU 12 tidak sempat di buat dalam tahun ini, kerana kad pengenalan pekerja asing yang bekerja di Malaysia dan khasnya di Kelantan tidak sempat disiapkan dalam jangkamasa terdekat.

Menurut beliau lagi telah ada arahan dari Kerajaan supaya mewajibkan setiap pam minyak mengambil pekerja asing seramai 3 orang. Selain itu juga, RISDA, FELCRA juga dipaksa mengambil pekerja asing, yang mana mereka ini bukan sahaja berkerja tetapi akan mengundi UMNO dalam PRU 12 nanti. Jelas kelihatan bahawa pemerintahan berada dalam suasana amat terdesak demi mencapai hasrat untuk merampas Kelantan. Khabarnya, kaedah ini berjaya dilakukan dengan baik di Sabah suatu masa dahulu.

Kita hanya mampu menyerahkan perkara ini kepada Allah SWT disamping berikhtiar sedaya upaya. Kepada petugas PRU ke 12, bersiap sedialah untuk menghadapi apa saja strategi jahat musuh. Sama-sama juga kita bermunajat kepada tuhan supaya dibukakan pintu hati rakyat yakni pengundi yang berdaftar untuk memilih BA dan bukannya BN dalam PRU nanti, demi mengekalkan kerajaan Islam dan pemerintahan yg adil.

Sekian, salam perjuangan.

Advertisements