omekkah2.jpg

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, rata-rata jemaah haji, terutamanya kenalan rapat telah selamat berangkat ke tanah suci, menunaikan rukun islam yang kelima. Semoga selamat hendaknya dan sentiasa bersabar agar beroleh haji yang mabrur. Baru-baru ini saya hadiri kenduri aqiqah Sdr Anuar, yang merupakan sahabat lama semasa belajar di UPM. Banyak perkara yang dibincangkan, terutamanya tentang seorang lagi sahabat seperjuangan di UPM yang akan berangkat menunaikan fardhu haji pada 4 Dis 2007 bersama isteri. Syukur, semoga mereka selamat pergi dan kembali.

SEJARAH

Sejenak menyingkap sejarah yang cukup bermakna buat kita, peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan isteri baginda Siti Hajar adalah lambang ketaatan serta kepatuhan kepada Allah SWT yang tidak berbelah bagi. Sebagai hambaNya, kita diajar & ditarbiah untuk melakukan apa saja suruhanNya tanpa banyak soal, tanpa dolak dalih yang sengaja di cipta. Peristiwa penyembelihan Nabi Ismail juga memberi kita pengajaran bahawa demi mematuhi perintah Allah kita WAJIB berkorban walaupun terhadap sesuatu yang amat kita sayangi. Mungkin, ianya agak pelik pada perkiraan akal manusia, namun tersembunyi sejuta rahsia disebaliknya.

HIKMAH

Sebab itulah segala arahan Allah jika dilakukan, pastinya ada keberkatan, faedah serta hikmah di sebaliknya yang tidak diketahui oleh akal manusia. Sedangkan Dia sajalah yang maha mengetahui. Tuntutan perjuangan menegakkan hukum Allah di muka bumi, perlu dipatuhi tanpa sebarang alasan. Sebab itulah, PAS telah meletakkan dasar perlembagaannya, berjuang supaya wujud pemerintahan islam, supaya ada segolongan manusia yang menegakkan hukum Allah, menyuruh kepada perkara maaruf dan mencegah perkara mungkar. PAS memasuki politik untuk mengambil pendekatan wajhassilmiyyah (pendekatan yang paling lembut) untuk menegakkan negara Islam di Malaysia melalui cara pilihanraya, bukannya melalui peperangan dan keganasan. Sesiapa yang menyokong perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS adalah termasuk dalam golongan yang ingin mematuhi perintah Allah dan sesiapa yang menolak perjuangan ini ibarat mereka yang menolak arahan Allah SWT. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Terimalah kenyataan ini dengan hati yang terbuka dan akal yang waras.

Advertisements