Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Hari ini saya merasa terpanggil untuk membicarakan satu topik yang jarang-jarang sekali dibicarakan secara meluas di Malaysia. Artis dan politik. Memang benar, bukan mudah untuk menjadi orang politik. Banyak kerja yang harus dilakukan dan memakan masa yang agak lama. Keikhlasan perjuangan dan matlamat asal berpolitik serta nawaitu untuk berpolitik juga amat penting. Jesteru itu, bukan dengan sekelip mata sahaja boleh menjadi pemimpin, biasanya bagi ahli politik “payung terjun” ini mereka tidak akan bertahan lama tambahan lagi jika berhasrat untuk berpolitik adalah kerana mahu mengejar pangkat dan juga kepentingan diri sendiri.

Kebelakangan ini kita dapat lihat golongan artis juga berkecimpung di dalam politik. Malahan ada di antara mereka ini begitu ikhlas memperjuangkannya dengan begitu sabar sekali berjuang mengikut senario politik. Mereka juga dilihat mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kalaulah PAS dapat menguasai golongan artis ini maka sebahagian dari golongan rakyat akan dapat bersama dengan PAS. Namun bagaimana pendekatan yang harus di ambil? Ini tentunya memerlukan sesi percambahan idea untuk memberikan cadangan yang bernas.

banner.jpg

Sementara itu, Kerajaan Kelantan pula menafikan mengambil pendekatan meminggirkan golongan artis ini. Bahkan, mereka dibolehkan menghibur asalkan mematuhi enakmen hiburan serta garis panduan yang ditetapkan. Dasar yang dilaksanakan itu juga, bukanlah penyebab kepada tertutupnya beberapa buah pawagam yang tidak lagi beroperasi di negeri ini, sebaliknya sambutan dingin mayarakat menyebabkan ia terpaksa ditutup. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Exco kerajaan semasa Mini Fest Kelantan 2007 di Kota Darul Naim, baru-baru ini dimana buah filem terbaik dari Iran turut ditayangkan. Akhir-akhir ini, kita melihat sendiri beberapa artis wanita tanahair yang masyhur ketika dulu seperti Rahimah Rahim, Aisyah, Fauziah Ahmad Daud telah mula mengenakan tudung, walaupun tidak sepenuhnya. Apakah mustahil artis baru yang popular seperti Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Ella dan ramai lagi pun akan turut mengenakan tudung mereka? Sama-samalah kita mendoakan.

Fenomena tersebut juga dilihat di kalangan artis lelaki juga, lihat saja Sdr. Akhi Haiyy, Azmil Mustafa (Ali Setan), Amy Search dan mungkin ramai lagi. Saya merasakan dengan perkembangan sebegini, PAS seharusnya mencari jalan yang sesuai untuk mendekati golongan artis bagi menarik sokongan mereka kepada perjuangan Islam kerana Islam sendiri tidak meminggirkan hiburan cuma biarlah ianya bertepatan dengan syariat & dasar perlembagaan parti. Kita tidak harus membiarkan hanya UMNO sahaja yag mendekati golongan ini dan menggunakan mereka untuk kepentingan politik dan jangan lupa juga bahawa golongan ini juga mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat khasnya di kalangan orang muda. Saya juga mengharapkan cadangan dan komen yang membina dari semua pelawat bagaimana kita seharusnya menggunakan pendekatan untuk menarik artis ini supaya bersama dengan PAS seterusnya menggunakan pengaruh yang mereka ada untuk mengajak rakyat supaya memberi kepercayaan kepada PAS untuk memerintah Malaysia bagi 50 tahun kedua nanti.

Sekian, wassalam

Advertisements