Seperti yang diduga..

Akhirnya, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap juga polis di Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Beliau ditahan di bawah Akta Polis, Seksyen 27(5)(a), ekoran perhimpunan BERSIH di hadapan Istana Negara, 10 November lalu.

Entah kenapa, negara ini kian jadi haru biru agaknya. Awas.. jika anda seorang pejuang : penjara mengunggu anda, tapi jika anda pembodek, perasuah, kaki ampu yang hebat, anda ada potensi untuk berjaya & bebas di luar sana!

images1.jpg

Ketika beliau dibawa ke IPD Nibong Tebal, khabarnya hampir 1,000 orang penyokong sudah berkumpul di sana. Sepasukan FRU (pencacai UMNO) pula dikerah untuk mengawal keadaan. Naib Presiden PAS itu kemudiannya dibawa keluar dengan sebuah kereta untuk ke Bukit Aman.

Benar sekali kata Tuan Guru Presiden PAS, apa yang berlaku itu merupakan bukti kukuh bahawa kerajaan ini sedang menuju ke arah ‘negara polis’ yg bermaksud sesebuah negara yang kerajaannya mengamalkan kekerasan dalam mengawal rakyat. Undang-undang hanyalah boneka. Kuasa pemerintah melebihi segalanya.

Bagi saya secara peribadinya, apa yang berlaku ini bagaikan bukti kukuh bahawa ‘mereka’ semakin terancam, menghalalkan apa cara sahaja. Kenapa pula penganjur BERSIH di tahan, sedangkan penganjur HINDRAF di beri jalan?. Rakyat telah mula bangkit, kenaikan kos sara hidup, demokrasi yang kian tempang.

Kita sudah mula bosan, kewibawaan dan kemampuan PM kita pertikaikan, rasuah sana sini, badan kehakiman bagaikan ‘pelacur’ dan saksikanlah nanti kuasa rakyat dengan mata kepala mereka sendiri.

Syabas.. kepada Mat Sabu, kami bersama anda. Sesungguhnya arus kebangkitan rakyat akan terus bergelombang. Rakyat bukannya bodoh. Lihatlah apa yang telah berlaku kepada pemimpin yang angkuh berkuasa seperti Marcos, Suharto dan Thaksin. Mereka ‘mati’ dan tenggelam dalam arus kebangkitan rakyat!

images.jpg

“ALLAHU AKBAR”

Advertisements