dsc01242.jpgaa.jpg

Assalamualaikum..

Musim tengkujuh tiba lagi, membawa bersamanya satu pesta yang wajib di hujung tahun : pesta banjir. Langit masih lagi mendung, hujan mencura-curah, air sungai naik dan khabarnya di sesetengah tempat semakin teruk. Saban hari berita melaporkan, bermula dengan beberapa kawasan di bahagian hulu Kelantan hinggalah ke bahagian hilir muara sungai. Mengikut laporan ramalan kajicuaca : ada 22 % lagi air hujan yang sepatutnya turun di negeri ini. Sekiranya hujan ini turun sekaligus, nescaya negeri Kelantan akan banjir besar. Nauzubillah. Saya dan tentunya anda semua juga turut mendoakan semoga banjir besar 2004 tidak berulang lagi. Apa yang kita harapkan ialah supaya hujan akan turun sedikit demi sedikit (ecer-ecer bukan ECER). šŸ™‚

Secara teorinya, kalau di lihat dengan baki hari bulan Disember dan faktor-faktor terkini, Insyaallah kita akan selamat dari menghadapi banjir yang besar. Kalau banjir pun, hanyalah pada kadar biasa sahaja. Ianya merupakan fenomena yang biasa di Kelantan sejak zaman berzaman lagi. Banjir besar amat jarang sekali berlaku. Seingat saya, ada sekali atau dua kali Kelantan mengalami banjir besar. Rakan-rakan ada mengatakan, mungkin berkat pemerintahan tok guru dan juga kerajaan Islam yang memerintah. šŸ™‚

Apa pun, yang lebih menghairankan, fenomena banjir ini juga melanda negeri-negeri di pantai barat dan juga selatan iaitu kawasan yang kita tidak pernah dengar mengalami banjir sebelum dari ini. Maklumlah, negeri tersebut maju di bawah pemerintahan UMNO. Segala kemudahan, umpamanya seperti sistem pengairan yg baik, teknologi dalam amaran banjir dan sebagainya tentunya di siapkan lebih awal berbanding negeri yang miskin. Tapi, hairan juga kenapa banjir yang luar biasa mula melanda negeri itu. Mungkinkah ini bala dari Allah SWT dan peringatan dariNya supaya kita berfikir dan bertaubat?

Kita seringkali dengar ucapan pemimpin UMNO yang rata-ratanya takut untuk menyebut perkataan ‘BALA‘ dari Allah dalam ucapannya, malah dengan egonya menggunakan istilah bencana alam dan mengaitkan dengan alasan yang berlingkar di dalam fikiran manusia sahaja. Seolah-olah takut untuk menyebut bala dan kuasa Allah. Mungkin bimbang penduduk negeri tersebut akan kembali menghayati agama Islam yang sebenar sebagai Ad-Din dan tidak mustahil apabila mereka memahami ajaran Islam mereka akan menyokong perjuangan Islam dan menolak UMNO-BN.

kat-jalan-binjai-7.jpg

Sebagai kesimpulannya, marilah kita menginsafi bahawa bala yang diturunkan oleh Allah SWT ini ada hikmah di sebaliknya. Namun kalau kita gagal mengambil iktibar tepuk dada tanya iman kita. Bimbang Allah SWT menutup pintu hati kita dari melihat kebenaran dan menerima tuafik dan hidayahNya, maka jadilah kita makhluk yang amat-amat rugi di dunia dan akhirat. Nauzubillah

“Selamat berpesta air, awasi anak anda”

Advertisements